Saturday, November 3, 2012
Ayu Raudhah duta baharu Sumber Ayu
SEJAK dahulu, kebersihan memang sinonim dengan wanita. Tambahan pula apabila ia melibatkan penjagaan bahagian sensitif wanita.
Justeru, ramai wanita pada hari ini mempercayai beberapa jenama produk pembersih wanita seperti Sumber Ayu untuk kegunaan harian mereka.
Dengan nilai pH yang optimum sebanyak 3.5, produk yang diperkaya dengan ekstrak sirih itu telah terbukti dapat menyeimbangkan asid semula jadi serta mengelakkan daripada pertumbuhan bakteria.
Bukan sahaja ia membantu wanita dalam aktiviti harian, malah produk pembersih itu juga mampu menghindarkan golongan wanita daripada masalah kegatalan, keputihan dan mengurangkan bau di bahagian sulit.
Terbaru, produk yang popular di sekitar Indonesia dan Malaysia itu telah melantik pelakon, Ayu Raudhah sebagai duta produk mereka.
Seiring tarafnya sebagai antara artis popular tanah air dan status isteri yang digalas telah melayakkannya dilantik sebagai duta produk Sumber Ayu.
Menurut Penolong Pengurus Produk Wipro Unza, Sharon Leng, pemilihan tersebut bukan sahaja atas dasar populariti yang dikecapinya malah kerana ciri-ciri yang ada padanya didapati sesuai dengan produk tersebut.
"Saya rasa pemilihan Ayu sebagai duta baharu memang sesuai memandangkan karektornya yang sentiasa aktif, segar dan berkeyakinan sepanjang masa. Ia secara tidak langsung dapat meyakinkan lagi pengguna," katanya.
Bukan sekadar Ayu, malah Sumber Ayu juga menampilkan suaminya, Zaquan Adha untuk iklan terbaharu jenama itu nanti.
"Kemesraan yang ditonjolkan oleh pasangan ini jelas kelihatan dan saya rasa ia dapat mencerminkan mesej yang ingin kami sampaikan kepada wanita keseluruhannya terutamanya mereka yang telah berkahwin," tambahnya.
Menurut Ayu, dia telah mencuba sendiri produk tersebut dan dalam masa seminggu tempoh penggunaan, beliau dapat merasai perubahan yang ketara.
"Saya kini berasa yakin, segar dan bersih sepanjang masa walaupun seharian di set penggambaran.
"Ternyata, fungsi-fungsi yang ada dalam Sumber Ayu tidak boleh didapati dalam sabun biasa yang lain," katanya.
Selaras dengan pelantikan Ayu sebagai duta baharu produk tersebut, Sumber Ayu telah melancarkan satu lagi produk pembersihan wanita iaitu Sumber Ayu Gambir.
Kombinasi gambir dan daun sirih ini telah diuji secara klinikal dan dipercayai dapat memulihkan dan merapatkan bahagian sulit wanita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: