|
BARU-BARU ini, majalah Forbes telah memuatkan satu artikel yang menarik mengenai penyanyi fenomena masa kini, Psy tentang adakah dia mampu bertahan lama dengan populariti single Gangnam Style miliknya.
Penulisnya, Dorothy Pomerantz yang juga menulis senarai List 100 Celebrity versi Forbes, tidak menolak bahawa YouTube mampu membuat banyak keajaiban.
Justeru, untuk kes seperti Psy yang mendadak popular di YouTube melalui Gangnam Stylenya, dia harus berhati-hati agar tidak mengikuti jejak Rebecca Black, penyanyi yang memperoleh 30 juta penonton di YouTube.
|
|
"Video Friday milik Rebecca mendapat lebih 30 juta tontonan di YouTube dalam waktu singkat, dan sewaktu popularitinya memuncak, dia begitu sibuk. Namun kini, selepas fenomena Friday berakhir, dia kini kembali menjalani kehidupan sebagai seorang remaja normal," ujar Pomerantz.
Dia juga menambah bahawa demam klip video tidak selari dengan populariti menjadi bintang pop. "Jauh sekali mampu untuk mengutip pendapatan yang lumayan," ujarnya.
Pomerantz seterusnya berharap, Psy mampu mengekalkan populariti dengan menghasilkan karya yang lebih bagus selepas ini.
"Jika Scooter Braun mampu membantunya untuk menghasilkan lebih banyak lagu pop yang hit, dan jika dia menunjukkan lebih banyak tarian yang cool serta klip video yang bagus, mungkin Psy akan sukses," ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: