Perut Kunis yang kelihatan buncit telah menghangatkan spekulasi bahawa dia sedang mengandung. Foto Daily Mail.Daily Mail melaporkan, perut buncit Kunis jelas kelihatan ketika pasangan itu bersiar-siar dan baju belang hitam putih tanpa lengan yang dikenakan oleh pelakon 70's Show itu jelas menampakkan perutnya yang agak besar daripada kebiasaan.
Kunis dan kekasihnya, Kutcher ketika bersiar-siar di Los Angeles, Amerika Syarikat. Sebelum ini, Mila pernah memberitahu kepada media keinginannya mempunyai cahaya mata sendiri dan kelibat Kunis yang seolah-olah tidak kisah untuk menutupi perutnya seperti mengesahkan khabar angin yang tersebar.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: