Tuesday, October 30, 2012

Lima lubang RM1 juta

PECAH...dinding kedai yang ditebuk penjenayah.
PECAH...dinding kedai yang ditebuk penjenayah.
KUALA LUMPUR: Tiga lubang ditebuk pada dinding sebagai laluan masuk manakala dua lubang lagi digerudi pada peti besi untuk membolehkan sekumpulan penjenayah melarikan barang kemas berjumlah RM1 juta dari sebuah kedai emas di Jalan Genting Klang, Setapak, di sini, semalam.
Ketika kejadian, kedai emas itu ditutup dan kehilangan barang kemas dalam rak kaca pameran disedari pekerja kedai berkenaan jam 7 malam kelmarin ketika dia datang untuk mengambil barangnya yang tertinggal.
  
  • Foto TINJAU...orang ramai melihat keadaan dari luar kedai.
  • Foto BERLUBANG...anggota polis (kanan) memeriksa lubang yang ditebuk penjenayah di kedai emas terbabit.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar berkata, kebiasaannya kedai itu ditutup jam 8 malam setiap hari serta tidak beroperasi pada Ahad.

Menurutnya, suspek mungkin menggunakan gas acetylene untuk melembutkan peti besi yang tersimpan dalam bilik berkunci itu sebelum tebukan dilakukan berbentuk bulat. “Polis percaya jenayah itu dilakukan lebih daripada tiga orang berdasarkan jumlah lubang yang dibuat serta tindakan mereka menutup dinding cermin hadapan kedai itu dengan menggunakan kertas bagi mengelak perbuatan mereka dikesan orang ramai yang lalu lalang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: