|
|
TIDAK banyak versi gosip yang terkait pada figura berusia 22 tahun ini. Cerita panas tentang Azam Pitt yang berwajah jambu itu sering berlegar soal orientasi seksualnya yang dikatakan songsang.
Selepas berjaya dengan watak tukang urut lelaki dalam filem pendek berjudul Chukang, namanya turut tercuit dengan cerita hangat menjalinkan hubungan intim sesama jantina dengan pelakon kacak, Syed Ali.
Si empunya diri sudah muak dengan cerita murahan sebegitu, bahkan membiarkan cerita itu berlalu begitu sahaja. Sebaliknya, dia memberi fokus kepada kerjaya.
"Tidak mudah untuk orang baharu menjenamakan diri dalam industri ini. Justeru, fokus saya buat masa ini hanya satu iaitu mahu memberikan yang terbaik kepada kerjaya yang saya pilih," katanya kepada Sensasi Bintang.
Tambah pemilik nama penuh Ahmad Azam Pitt itu, walaupun ada pihak yang sengaja mencetuskan kontroversi demi mencipta populariti, dia enggan memilih jalan itu.
Bagaimanapun, Azam yang menganggap dirinya sebagai pucuk muda mahu menimba lebih banyak ilmu dalam bidang ini demi mengekalkan survivalnya.
"Saya masih baharu dan banyak perkara yang sedang dipelajari. Buat masa ini saya menerima segala watak yang ditawarkan kerana itu merupakan salah satu cara untuk saya mendalami ilmu lakonan.
"Apa sahaja tawaran selagi jadualnya tidak bercanggah dengan kerja lain, saya akan menerimanya dengan hati terbuka," ujarnya yang pernah muncul dengan single berjudul Debar.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: