Monday, October 29, 2012

Aqil Story pilihan negara Arab


KHATIJAH (kanan) mempromosikan barangan cenderahati Aqil Story pada program promosi rancangan tersebut di Gombak baru-baru ini.


SHAH ALAM - Sebuah syarikat animasi tempatan, Khalifa Production Sdn. Bhd. (Khalifa) yang menerbitkan rancangan animasi kanak-kanak bertajuk Aqil Story merancang untuk melebarkan sayap ke persada antarabangsa selewat-lewat dalam tempoh tiga tahun ini.
Pengarah Urusan Khalifa, Khatijah Abd. Rashid berkata, antara pasaran negara yang akan dimasuki syarikatnya ialah Indonesia, Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu.
"Sehingga kini, beberapa siri perbincangan telah dilakukan dengan syarikat tempatan di negara-negara terbabit bagi membolehkan Khalifa menembusi pasaran di sana di samping meningkatkan mutu rancangan animasi kami," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Katanya, rancangan itu mula diusahakan pihaknya pada tahun 2009 dalam bentuk dua dimensi melibatkan kos sebanyak RM900,000 setelah mendapati tiada rancangan animasi berbentuk Islamik di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: