|
|
USIANYA sudah menjangkau 37 tahun, namun aktres Preity Zinta seolah-olah tidak kisah soal jodohnya. Dalam satu wawancara baru-baru ini, dia memberitahu bahawa pernikahan bukan keutamaan hidupnya.
Jelas Preity, dia tidak perlu membuatkan dirinya terkejar-kejar semata-mata mahu menamatkan zaman bujang.
Pelakon filem Kal Ho Naa Ho itu ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya berbanding berkahwin kerana karier lebih penting daripada segala-galanya.
"Saya hanya boleh katakan, tunggu dan lihat (mengenai perkahwinan). Buat masa ini saya ada masa untuk filem sahaja," katanya yang bakal keluar dengan sebuah filem baharu berjudul Ishq In Paris.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: