Monday, October 29, 2012

RM500 juta indahkan Sungai Klang, Gombak


KERJA-KERJA pengindahan pada peringkat awal pengindahan sungai akan ditumpukan di kawasan Masjid Jamek, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life di Sungai Gombak dan Sungai Klang di ibu negara akan memasuki fasa kedua tahun depan yang melibatkan kerja-kerja pengindahan sungai dengan membabitkan kos sebanyak RM500 juta.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kerja-kerja pengindahan pada peringkat awal akan ditumpukan di kawasan Masjid Jamek sepanjang tiga kilometer.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: