Salah seorang anggotanya, Refika Novianti Faturohman atau Vicha, 24, berkata, walaupun pernah merangkul tempat ketiga dalam pertandingan itu mereka merasakan belum cukup dikenali dikalangan masyarakat di Malaysia.
"Kami mahu membina kerjaya di Malaysia dan dikenali oleh peminat-peminat dan atas sebab itu juga kami kembali untuk menyertai pertandingan ini," katanya kepada mStar Online.
Selain Vicha, Saywho yang sebelum ini dikenali dengan nama Saehu turut dianggotai oleh Eko Sugiyanto (Eko), 28 dan Muhammad Abdi Zien Bancin (Bocil), 29.
MLM 2012 akan bersiaran secara langsung bermula 16 November depan, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Ia akan di adakan Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dekat sini.
Dalam pada itu, Vicha mengakui pertandingan pada musim ini akan bertambah sengit kerana barisan pelawak yang terlibat cukup hebat.
Vicha memberitahu, mereka bertiga perlu mempersembahkan lawak yang berbeza dan berkualiti bagi menarik minat penonton dan peminat.
"Sejujurnya saya sangat gementar kerana pelawak-pelawak lain yang masuk cukup hebat namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk bersaing dalam pertandingan itu.
"Kami akan memaparkan persembahan yang berbeza berbanding tahun lalu dan berharap akan disukai penonton," ujarnya.
Sementara itu, Vicha memberitahu sepanjang pertandingan itu berlangsung mereka akan menetap di Kuala Lumpur bagi memberikan tumpuan kepada MLM 2.
Tambah Vicha, kesempatan itu juga mereka berharap dapat bertemu dengan para peminat yang pernah menyokong mereka sebelum ini.
Bakal Juara MLM 2012 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang hadiah RM250,000 dan RM150,000.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: