Azad atau nama sebenarnya Azad Jazmin John Louis Jeffri, 36, berkata, keputusan yang diambil itu telah menjadikan dia lebih berdikari dalam bidang lakonan tanah air selain rezekinya bertambah baik.
"Terus terang saya cakap kalau saya masih berada di MIG sehingga kini saya tidak akan berkahwin dengan isteri saya dan kerjaya lakonan saya tidak akan ke mana-mana.
"Alhamdulilah rezeki saya dalam bidang lakonan sangat murah dan bakat lakonan saya semakin mendapat perhatian daripada pengarah selain dapat memegang pelbagai watak," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Azad berkata, dia sangat gembira dengan kehidupannya kini dan enggan menoleh ke belakang untuk memikirkan tomahan yang dibuat terhadapnya.
Menurut Azad, apa yang lebih penting kini dia memberikan fokus kepada keluarga dan kepercayaan penerbit dan pengarah yang mempercayai bakat dan kebolehan dirinya sebagai pelakon.
"Dulu memang tak dapat nak kata apa kerana hanya perlu ikut apa yang disuruh dan sedikit sebanyak ia mempengaruhi lakonan saya tetapi apabila bebas daripada MIG saya mula mempelbagaikan karektor dalam setiap lakonan.
"Saya perlu jaga kepercayaan yang orang berikan kepada saya dan berharap akan mendapat lebih banyak peranan yang mencabar," katanya.
Sementara itu, Azad berkata selain lakonan dia juga mula berjinak-jinak dalam dunia pengacaraan apabila diberi kepercayaan untuk mengendalikan program Mimpi Ke Bintang di RTM 2.
Menurut Azad, walaupun gementar tetapi dia mengakui semakin menyukai dengan dunia pengacaraan.
"Pengacaraan sebenarnya membantu saya menjadi seorang yang lebih yakin dan saya semakin selesa mengacarakan program tersebut.
Azad juga baru sahaja muncul dengan filem Apa Celop Toqq yang menggandingkan dirinya dengan Hazama Azmi, Intan Ladyana dan Taiyuddin Bakar.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: