Thursday, October 4, 2012
Bayar mahal tetapi berisiko
KUALA LUMPUR – Sudahlah bayaran yang dikenakan mahal, tetapi keselamatan kenderaan pula tidak ada jaminan.
Malah sekiranya berlaku kerosakan dan kecurian, ia menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik kenderaan sendiri.
Itu dilema kepada kebanyakan warga kota sekiranya mahu memeletakkan kenderaan di premis letak kereta swasta di ibu kota pada masa ini.
Seorang pekerja swasta, Mohd. Ashraf Adlan, 25, berkata, syarat yang dikenakan itu seolah-olah menunjukkan pengusahanya lepas tangan dan tidak bertanggungjawab kepada sebarang risiko yang berlaku kepada kenderaan pelanggan.
Malah menurutnya, syarat itu juga digunakan oleh sesetengah premis parkir kereta yang mempunyai pengawal keselamatan serta sistem kamera litar tertutup (CCTV) sekali pun.
“Pengguna tidak ada pilihan lain sebab kadang-kadang memang itu sahaja tempat meletakkan kenderaan yang ada dan terpaksa akur.
“Kalau parkir ‘bersepah-sepah’ nanti takut kena tunda atau saman dengan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur),” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: