Tuesday, October 30, 2012

USM raih 10 emas di London



MOHAMED Khaled (tengah) beramah-mesra dengan pelajar USM yang mengharumkan nama universiti itu di Pulau Pinang semalam.



GEORGE TOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengukir nama di peringkat antarabangsa apabila tujuh pelajarnya meraih 10 pingat emas dan empat anugerah khas pada pertandingan British Invention Show 2012 (BIS12) di London baru-baru ini.
Mereka merupakan pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan Kimia, Elektrik dan Elektronik, Bahan dan Sumber Asli serta Persembahan Seni.
Produk yang diketengahkan mereka ialah kit bagi menganalisis kanser rahim secara automatik, pengental diperbuat daripada bahan terbuang, penyembur nano teknologi dan alat bagi memudahkan pergerakan golongan orang kelainan upaya (OKU) iaitu Easy GO.
Ketua delegasi, Profesor Abdul Latif Ahmad berkata, daripada 53 produk yang dipertandingkan, USM berjaya memenangi anugerah dalam empat kategori yang disertai 20 buah negara termasuk sembilan organisasi di negara ini.
"Ini menunjukkan betapa uniknya produk yang dihasilkan oleh USM sehingga ia berjaya meraih 10 pingat emas," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini dari London semalam.
Turut menyambut kepulangan mereka ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor USM, Profesor Datuk Omar Osman.
Abdul Latif menjelaskan, pihaknya bangga dengan usaha pelajar tersebut memandangkan universiti lain menghantar sekumpulan profesor dan profesor madya bagi menyertai pertandingan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: