Wednesday, October 3, 2012

Mesin tepung bubur cha-cha

Mesin tepung bubur cha-cha ciptaan ZDA.
BUBUR cha-cha merupakan salah satu makanan yang agak terkenal di kalangan masyarakat Malaysia.
Bukan sahaja rakyat Malaysia bahkan para pelancong juga turut menyukai dan mengagumi bubur cha-cha.
Bentuk fizikalnya yang menarik dan berwarna-warni menarik minat orang ramai untuk merasainya.
Bukan sahaja bentuknya yang menarik tetapi juga rasanya yang enak dan memenuhi cita rasa rakyat Malaysia.
Penghasilan cha-cha iaitu tepung yang berwarna-warni pada amnya agak sukar terutama jika mahu menghasilkan secara komersial.
Hal ini disebabkan penghasilan tepung dan proses membentuk tepung cha-cha yang berwarna-warni agak remeh.
Ia memerlukan kesabaran dan kemahiran tertentu.
Untuk menghasilkan tepung cha-cha yang berkualiti dan sedap, pembuatannya tidak mudah dan memerlukan kemahiran.
Namun kini, ramai yang sudah pandai menghasilkan tepung cha-cha di samping permintaan terhadapnya yang tidak putus-putus.
Oleh itu, pada siri inovasi kali ini ditampilkan mesin bubur cha-cha. Mesin ini telah dicipta oleh Zull Design Autotronic (ZDA) khas kepada pelanggannya.
ZDA menghasilkan mesin tersebut atas permintaan pelanggan yang mahukan satu mesin khas untuk menghasilkan tepung cha-cha.
Mesin yang dihasilkan adalah mengikut spesifikasi pelanggan. Oleh itu, pelanggan boleh mereka bentuk mesin tersebut dan pihak ZDA akan cuba menepati kehendak mereka.
Walaubagaimanapaun, perbincangan antara dua pihak amat penting dan diperlukan.
Hal ini kerana, dikhuatiri mesin yang dihasilkan tidak berfungsi dan bermasalah.
Tujuan mesin ini dihasilkan adalah untuk membantu dan memudahkan pengusaha-pengusaha industri dalam menghasilkan tepung cha-cha dengan kuantiti yang banyak.
Ia mempunyai konsep yang sama dengan cara manual tetapi lebih memudahkan pengguna.
Terdapat beberapa kelebihan dalam penggunaan mesin ini dengan kelebihan terletak pada rekaannya. Mesin direka khas bagi mereka yang menjalankan perusahaan membuat tepung cha-cha.
Dengan menggunakan mesin yang dihasilkan, sedikit sebanyak dapat mempertingkatkan kapasiti pengeluaran yang tinggi dengan cara yang lebih baik dan berkesan.
Hasil tepung cha-cha yang terbentuk juga adalah sama saiz dan sama panjang.
Tambahan pula, dengan adanya konsep pneumatik, ia amat memudahkan pengguna dalam proses menekan tepung cha-cha tersebut untuk keluar melalui acuannya.
Di samping itu, mesin ini boleh memuatkan sebanyak dua kilogram (kg) tepung pada satu-satu masa dan ia boleh disiapkan dalam tempoh 15 minit sahaja.
Kos gaji pekerja juga boleh dijimatkan kerana untuk pengendalian mesin ini, hanya seorang atau dua orang pekerja sahaja diperlukan berbanding kaedah manual yang menggunakan lebih ramai pekerja.
Selain dapat mengurangkan tenaga pekerja, penggunaan mesin ini juga lebih mudah dan dapat membantu pengusaha-pengusaha dalam menjimatkan masa menghasilkannya.
Seperti diketahui, ZDA tidak mempunyai mesin yang sedia dan ia bergantung kepada tempahan.
Penciptaan mesin biasanya bergantung kepada keperluan dan kehendak pelanggan itu sendiri.
Hal ini dapat membantu pengguna untuk menempah mesin yang diperlukan mengikut modal atau kemampuan pengguna dan mengikut spesifikasi yang di kehendaki.
Oleh itu harga bagi setiap barang keluaran ZDA tidak tetap dan bergantung kepada keperluan dan kehendak pengguna terhadap mesin tersebut.
Jika terdapat sebarang pertanyaan dan tempahan berkenaan mesin ini, boleh hubungi ZDA pada waktu pejabat iaitu dari hari Isnin - Jumaat pukul 9 pagi - 5.30 petang, di talian 03-6092 1928, 012-733 2066, faks 03-6091 4000 dan e-mel mail@zulldesign.com.my. Pengguna juga boleh layari laman web ZDA iaitu www.zulldesign.com.my untuk maklumat lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: