KERANA cinta anda telah berumahtangga dengan seseorang yang pada
awalnya anda merasakan dialah yang paling sesuai menjadi pasangan dalam
hidup.
Sedangkan sebenarnya, hanya selepas beberapa lama tempoh perkahwinan, barulah anda mengenali siapakah suami anda sebenarnya.
Artikel ini ditulis bukan untuk membuat anda rasa resah dan gelisah.
Ia sekadar memberi panduan kepada anda sebagai seorang isteri untuk
mengenali siapakah suami anda sebenarnya dan mengapa anda perlu berusaha
untuk mengubah sikap atau mendorongnya menjadi insan yang lebih baik.
Apa-apa pun, yang penting perlunya anda mengetahui sikap sebenar suami anda terlebih dahulu.
Sukar dipercayai
Suami anda sering bercakap tidak benar dan selalu menyembunyikan
personaliti yang sebenarnya ketika keluar berjanji temu dengan anda.
Selalunya perangai ini hanya dapat dikesan selepas beberapa bulan
berkahwin. Jika perkara ini berlaku terhadap anda ternyata anda perlu
lebih berhati-hati dan selalu bertanyakan kepada rakan-rakannya mengenai
apa yang dilakukannya di belakang anda. Tetapi sekiranya rakan suami
pun bersubahat dengan suami anda... usahalah cara lain.
Suka bertindak ikut rasa
Dia akan menghubungi anda sesuka hatinya bertanyakan sesuatu dan
dilihat suka membuli anda dan tidak suka kata-katanya dibangkang. Suami
seperti ini mungkin agak panas baran orangnya, anda sebagai isteri pasti
tahu bagaimana untuk memujuk, mungkin dengan cara kelembutan yang anda
miliki.
Teragak-agak membuat keputusan
Dia mengajak anda keluar kemudian selang beberapa jam kemudian dia
bertukar fikiran pula. Jika anda berkahwin dengannya , pastikan
keputusannya benar-benar 'sahih' sebelum melakukan apa-apa aktiviti.
Sekiranya berlaku juga lagi... sabar sajalah.
Suka menonjol
Adalah benar pada masa sekarang sebahagian golongan lelaki suka
menonjolkan diri dan menjadi insan yang berjaya. Selalunya lelaki
seperti ini menawan, kacak dan senang dengan wanita. Namun lelaki
seperti ini sebenarnya mudah dan mungkin akan jatuh cinta lagi dengan
wanita lain kecuali anda pandai mengendalikan dirinya.
Mendominasi (menguasai)
Dia selalu menguasai segala tindakan dan minda anda sehingga baju
anda pun dia yang memilihnya. Anda bakal merasakan hanya sekadar boneka.
Lelaki ini juga mudah menggunakan penderaan mental dan fizikal ke atas
isterinya.
Tidak mempunyai perasaan
Lelaki jenis ini akan 'mencuri' anda daripada keluarga dengan
memisahkan anda daripada rakan-rakan sehingga mengganggu kehidupan biasa
anda kerana dia tidak suka melihat anda bergaul dengan orang lain.
Tidak yakin pada diri sendiri
Seorang lelaki yang berharap segalanya pada anda dan segalanya
tentang anda. Mula-mula anda akan rasa seronok tetapi lama-kelamaan
semuanya menyakitkan hati.
Terlalu mengharapkan kesempurnaan
Dia cuba mengawal kesemua perkara yang anda lakukan dengan tepat
untuk mendapatkan kesempurnaan sebagaimana yang dihajatinya. Kemudian,
apabila ada masalah mendatang, anda pula dipersalahkan.
Manipulasi
Dia hanya mahu mengawal segalanya termasuk hobi anda sampailah ke
perbualan dan segala tindakan yang dilakukan untuk faedah dirinya sahaja
sehinggakan semua idea yang dikeluarkan, anda harus mempercayainya
biarpun anda sangsi mengenainya
Misteri
Ini bergantung kepada usia dan kematangan. Sekiranya sampai ke tua
pun hidup anda masih ditakuk itu, bermaksud lelaki ini tiada objektif
yang jelas dalam dirinya dan menganggap kehidupannya adalah mudah
termasuk dalam soal kewangan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: