UNTUK mendapatkan perspektif yang
berimpak, penetapan subjek dengan latar belakang menjadi cabaran utama
apabila menggunakan lensa sudut luas.
LENSA sudut luas merupakan salah satu daripada
jenis-jenis lensa umum. Berbeza dengan lensa biasa, ia memberikan sudut
rakaman yang lebih luas yang sesuai untuk kegunaan fotografi landskap.
Lensa sudut luas merujuk kepada binaan kanta yang mempunyai jarak fokal
lebih kecil berbanding jarak fokal 35mm yang terbina pada lensa biasa
(tidak termasuk kamera berbingkai penuh).
LENSA sudut luas satu keperluan bagi yang menggemari fotografi landskap.
Dengan jarak fokal yang lebih kecil, lensa ini menghasilkan
perspektif lebih luas seperti pandangan mata dari hujung ke hujung mata.
Selain sesuai untuk merakam pemandangan, lensa jenis ini juga amat
membantu untuk rakaman di ruang sempit tanpa perlu bergerak jauh untuk
'memasukkan' semua subjek ke dalam gambar.
PENGGUNAAN lensa sudut luas pada jarak dekat boleh menyebabkan kesan lengkung terutama pada sisi bingkai gambar.
Namun begitu, untuk mendapatkan impak yang menarik, penggunaan lensa
ini bukan semudah lensa biasa kerana aspek komposisi harus diberi lebih
perhatian.
Pada perspektif yang terbuka luas, keseimbangan komposisi gambar
hanya dapat dicapai melalui penentuan latar depan dan latar belakang
yang teliti.
Selain itu, jarak fokal yang terlalu kecil juga menyebabkan objek
atau garisan yang jauh kelihatan melengkung manakala yang dekat menjadi
cembung.
Secara umumnya, penggunaan lensa ini lebih bertepatan untuk rakaman
landskap dan tidak begitu sesuai fotografi potret terutama jika ia
digunakan pada jarak terlalu dekat.
Antara lensa sudut luas yang popular di pasaran termasuklah 10mm-22mm, 17-40mm dan 17mm-85mm.
LENSA sudut luas amat berguna untuk rakaman fotografi di dalam bilik atau ruang yang sempit.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: