Sehubungan itu, tanggapan yang mengatakan lulusan huffaz kelas kedua itu wujud adalah kerana lepasan huffaz berkenaan sendiri yang memilih untuk menjadi imam atau ustaz berbanding menceburi profesion berkolar putih.
Bila saya memasuki bidang perbankan, saya mendapati banyak permintaan terhadap hafiz al-Quran kerana mereka mempunyai kelebihan daripada segi penguasaan dan kefahaman ayat-ayat kitab itu.
Saya pada mulanya agak sukar untuk memasuki industri ini tetapi setelah menjalani latihan dan mendapat galakan keluarga, akhirnya ia berjaya ditempuhi dengan mudah, jelas lulusan Diploma Tahfiz dari Darul Quran pada 2005.
Bapa dua orang anak itu kemudian memberitahu bahawa beliau turut memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Madinah dalam jurusan agama selain memohon memasuki ke universiti tempatan, akhirnya anak kelahiran Selangor tersebut memilih UIAM setelah mendapat surat tawaran untuk memasuki Kuliah Ekonomi di universiti tersebut.
Memang pada mulanya, kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris menjadi masalah utama tetapi bertitik-tolak daripada pepatah Melayu, Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih, saya telah mengambil kelas intensif. Alhamdulillah, ia berjaya diatasi.
Saya tahu masalah Bahasa Inggeris menjadi masalah utama kepada lulusan huffaz memandangkan kali terakhir mereka mempelajari bahasa itu ketika mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tetapi ia boleh ditangani jika kita berusaha untuk menguasai Bahasa Inggeris," ujarnya.
Beliau kemudian memberitahu adalah suatu pengorbanan besar jika para huffaz berhadapan sendiri dengan masyarakat untuk menceburi bidang profesional kerana usaha dakwah perlu melalui jalan-jalan berliku dan bukannya dengan cara mudah.
Kita amat diperlukan oleh masyarakat, jangan takut dengan cabaran, insya-Allah perkara itu akan dipermudahkan oleh Allah," ujarnya.
BIODATA
Nama: IBRAHIM MOHD. HASAN
Umur: 28
Pekerjaan: Eksekutif Penyelidik Syariah Maybank
Kelulusan:
Diploma Tahfiz Darul Quran Kuala Kubu Baru, Selangor
Sarjana Muda Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: