Saturday, July 14, 2012

Dua pensyarah wanita diiktiraf


TUANKU SYED SIRAJUDDIN (dua dari kanan) dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Abdul Rashid berbual dengan Rahmah (tengah) dan Afidah (dua dari kiri) sambil diperhatikan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Omar Osman (kiri) selepas Majlis Anugerah MASS 2011 di Pulau Pinang kelmarin.


GEORGE TOWN - Dua ahli akademik wanita dari Universiti Sains Malaysia (USM) di sini menjadi penerima Anugerah Tokoh pada Majlis Anugerah Sanggar Sanjung (MASS) 2011 di sini kelmarin.

Kedua-dua mereka, Prof. Rahmah Noordin dari Institut Penyelidikan dan Perubatan Molekul dan Prof. Madya Afidah Abdul Rahim dari Pusat Pengajian (PP) Sains Kimia menerima anugerah tertinggi USM kerana penyelidikan mereka selama ini.

Kehebatan kedua-dua pensyarah yang masing-masing berusia 50 tahun itu diakui apabila Rahmah dipilih sebagai Felo Akademi Sains Malaysia manakala Afidah pula dilantik sebagai ahli French National Order of Academic Palms oleh Kementerian Pelajaran Perancis.

Ketika ditemui, Rahmah menyifatkan anugerah itu satu pengiktirafan dan secara peribadi ia menyuntik semangat kepada dirinya untuk memberi sumbangan lebih besar dalam bidang pencegahan wabak penyakit.

Manakala Afidah yang juga Timbalan Dekan PP Sains Kimia yang bakal bersara awal tidak lama lagi bagi menumpukan perhatian kepada keluarga tidak menyangka menerima pengiktirafan yang dianggapnya hadiah sepanjang hampir 30 tahun menabur bakti di USM.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: