Menyambut hari lahirnya yang ke 25 hari ini, penyanyi yang popular dengan lagu, Dan Sebenarnya ini bertuah apabila dia dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Kembara, di malam Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) Sabtu lalu. Turut memenangi dua lagi anugerah iaitu, Lagu Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Wanita, Yuna berbesar hati mengatakan bakat dan penat lelahnya kini telah dihargai. “Syukur Alhamdulillah, segala penat lelah, usaha, kerja keras saya untuk industri ini dihargai oleh semua. Kejayaan ini meningkatkan semangat saya untuk terus berkarya. “Saya memang tidak sangka akan menang, lebih-lebih lagi, lagu Penakut dibuat agak berlainan kerana korus dan lagunya agak berlainan. Namun, Alhamdulillah ia dipilih menjadi lagu terbaik pada malam AIM ini,”jelas Yuna.Sementara itu, bagi Shiela Majid, kejayaannya pada malam itu membuktikan bahawa bukan sahaja penyanyi dan bakat baru dihargai oleh AIM, namun ia turut meraikan bakat yang ada dalam diri penyanyi-penyanyi lama. “Saya bersyukur masih mendapat tempat di hati juri, saya harap gabungan artis dalam majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kami. “Saya suka melihat apa yang berlaku pada malam AIM ini, semua pemuzik bersatu untuk meraikan majlis ini,”jelas Sheila Majid yang memenangi kategori, Album Terbaik menerusi album The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid dan kategori Susunan Muzik Terbaik. Corat-coret sepanjang AIM18 berlangsung: 1) Stadium mula dipenuhi peminat bermula 5 petang dan acara karpet biru dimulakan daripada pukul 7 Malam. 2) Karpet biru dimeriahkan oleh pengacara Awal Ashaari dengan dibantu oleh Diana Danielle. Pertama kali mengacarakan majlis secara live, membuatkan Diana kelihatan gementar sehingga beberapa kali tersasul menyebut ‘red carpet’. 3) Diana juga tersilap memperkenalkan Hazama dengan menyebut nama Nashrin, namun secara keseluruhannya, dia telah menjayakan program karpet biru itu dengan baik. 4) Persembahan pembukaan dibuat dengan begitu baik sekali oleh Najwa Mahiaddin dengan membawakan lagu-lagu terbaik sepanjang zaman. 5) Sobri muncul menghiburkan penonton di stadium setiap kali apabila rancangan berhenti rehat dengan gaya berbeza, dan ternyata Sobri sangat laser dan menghiburkan. 6) Anuar Zain menepuk tangan dan berdiri setelah persembahan 3 Suara selesai dinyanyikan oleh Jac, Shila dan Ning Baizura. Sememangnya persembahan ini memang terbaik! 7) Kemunculan penyanyi-penyanyi otai seperti Zamani, Elly, Ezad dan Rahmad memeriahkan lagi stadium apabila seluruh penonton sama-sama menyanyikan lagu bersama-sama mereka. 8) Ternyata semua persembahan yang dipersembahkan di malam AIM ini memukau penonton termasuklah persembahan dua bintang Youtube, Greyson dan Najwa Latif. Tahniah AIM18!
Senarai Pemenang-pemenang AIM18 Album Terbaik – Produser Lagu Terbaik Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Lelaki Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Wanita Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu Artis Baru Terbaik Lagu Pop Terbaik Lagu Rock Terbaik Lagu Inggeris Tempatan Terbaik Video Muzik Terbaik – Pengarah Rakaman Album Terbaik – Jururakam Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkanlah oleh Artis Luar Negara – Artis Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu – Pengubah Artis Mobile Celcom Terbaik Anugerah Kembara Anugerah Wirama |
Tuesday, November 15, 2011
Yuna Semakin Dihargai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: