Lega! Itu perkataan yang keluar daripada mulut pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar sebaik sahaja tamat majlis resepsi perkahwinan antara dia dan suaminya, Mohd Helmi Mohd Yusof di Lanai, Matic, malam tadi. Melahirkan syukur kerana selamat bergelar isteri kepada Helmi, Dira mengakui dia mengambil masa enam bulan untuk bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Hadir ke majlis dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi, Dira dan suaminya diiringi oleh tujuh buah motosikal lain dan kedatangan mereka juga dimeriahkan lagi dengan letupan bunga api. Cantik menggayakan pakaian rekaan, Anizam Yusof, menurut Dira, dia bersyukur dan gembira melihat apa yang dirancangnya dapat direalisasikan dengan begitu baik sekali pada malam itu. “Lega majlis telah selesai dengan baik, saya mengambil masa enam bulan untuk majlis ini dan Alhamdulillah, saya lihat semua gembira malam ini,”jelas Dira. Bertanyakan tentang penerimaan anak tunggal Dira, Tengku Anggun Deandra, dengan perkahwinannya ini, jelas Dira, dia dapat merasai Anggun sangat memahami keadaan ini. “Saya percaya dia faham, saya ada bercakap dengannya tentang perkara ini, nampaknya dia sudah mengerti. “Saya lihat dia juga menyayangi Helmi dan sudah mula cemburu sekiranya Helmi bersama dengan kanak-kanak lain. “Anggun panggil Helmi dengan gelaran uncle, tapi tak kisahlah apa pun panggilannya, yang penting Anggun boleh menerima kehadiran Helmi dalam kehidupan kami,”luah Dira. Helmi Air, Dira Api Seperti mana Dira, Helmi juga melahirkan rasa syukur apabila majlis mereka selamat dilangsungkan dengan jayanya. Mengakui mencintai Dira kerana sifat mereka yang berbeza, jelas Helmi, Dira banyak memberi cabaran dalam kehidupannya. “Saya suka cabaran, dan apabila bertemu Dira, saya dapat rasakan Dira banyak memberi cabaran pada saya. “Kami berdua umpama air dan api, saya air dan dia pula api. Banyak perkara yang dia buat menjadikan saya banyak bersabar. “Saya suka dia, dan Anggun, saya tidak pernah menghalang dia untuk terus berada dalam industri ini, dan saya tidak pernah kacau apa sahaja yang dia mahu lakukan,”jelas Helmi. |
Tuesday, November 15, 2011
Dira & Helmi meniti bahagia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: