WARGA tua berkain sarung turut mengunjungi kafe siber untuk berjudi.
Kegiatan itu yang popular di kalangan golongan muda termasuk pelajar sekolah, dipercayai turut menjadi penyumbang terhadap peningkatan kes jenayah, khususnya kecurian dan kehilangan harta benda di sini.
Malah, katanya, sebuah daripada premis berkenaan beroperasi di depan Pejabat Mahkamah Syariah Gerik dengan pintu depan sentiasa tertutup dan diletakkan notis ’untuk disewa’, tetapi anehnya tidak disertakan nombor telefon untuk dihubungi.
“Bagaimanapun, kesemua premis yang beroperasi seawal jam 12 tengah hari sehingga jam 3 pagi itu boleh dikunjungi melalui pintu belakang, iaitu dengan menekan loceng, sebelum kunci dibuka pengusahanya.
“Pada awal tahun lalu, hanya beberapa premis saja seperti itu wujud, namun berikutan sambutan menggalakkan menyebabkan ia kini meningkat kepada 13 premis,” katanya ketika ditemui di sini.
Katanya, pelbagai golongan terbabit dengan usia seawal 15 tahun termasuk pelajar sekolah dikesan mula ketagih judi melalui mesin disediakan pihak pengusaha melalui internet.
Sehubungan itu, Tajuddin berkata, sebahagian daripada 900 ahli PAGAR yang kebanyakannya berada di luar Gerik, baru-baru ini pulang ke pekan itu dan membuat bantahan terhadap kegiatan judi haram berkenaan dan meminta pihak berkuasa membanterasnya bagi mengelakkannya berleluasa.
Beliau berkata, ahli PAGAR yang menyamar menjadi pelanggan dan sempat merakam gambar secara tersembunyi turut mendapati golongan dewasa Melayu sehingga usia 70 tahun sambil memakai kain sarung turut leka berjudi di premis terbabit.
“Kewujudan mesin judi sejak lebih setahun lalu di pekan Gerik itu bukan saja boleh merosakkan akhlak dan akidah masyarakat, tetapi juga semakin banyak berlaku kegiatan jenayah seperti mencuri dan ragut.
“Justeru, kami minta pihak berkuasa seperti polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan semua pihak berkaitan dapat bertindak segera membanteras gejala negatif ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: