![]() Sabri Yunus selaku pengarah drama Sanggul Beracun Selepas sedekad, ASK2011 merupakan antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun. 29 buah filem dipertandingkan dan sebanyak 17 telemovie dan 10 drama rantaian turut berentap untuk menggondol trofi yang dipertandingkan malam ini. Ramai penggiat-penggiat seni dan karyawan tanah air telah diangkat serta diiktiraf dalam setiap kategori yang dipertandingkan. Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, anugerah tersebut mempertandingkan tiga kategori utama iaitu kategori drama, filem dan penerbitan dan menyaksikan perebutan 23 kategori utama serta dua anugerah khas iaitu, Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan. Drama Sanggul Beracun arahan Sabri Yunus mendominasi malam anugerah kali ini apabila memenangi beberapa kategori yang dipertandingkan seperti Lakon Tv Terbaik, Pengarah Terbaik Drama, Videografi Terbaik, dan Drama Terbaik 2011. Manakala dari kategori filem pula, filem Cun arahan Osman Ali berjaya merangkul tiga anugerah iaitu, Pelakon Lelaki Terbaik (Remy Ishak), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Nadiya Nisa) dan Pengarah Terbaik Filem. Namun, filem Magika diangkat sebagai filem terbaik 2011. Sementara itu, pelakon dan pengarah muda, Syamsul Yusof pula telah menerima Anugerah Khas Juri ASK 2011. Manakala yang turut memenangi anugerah ASK2011 adalah Pelakon Lelaki Terbaik Filem iaitu Remy Ishak menerusi filem Cun. Trofi disampaikan oleh barisan artis terkenal seperti Erra Fazira, Shaheizy Sam, Rosyam Nor, Awie, Neelofa, Zahiril Adzim, dan Johan Ashaari, manakala artis yang membuat persembahan pula antaranya, Black, Najwa Latif, Jaclyn Victor, Datuk rahim Razali dan ramai lagi. Malam gemerlapan tersebut telah dihoskan oleh Ally Iskandar dan pelakon jelita, Rozita Che Wan serta disiarkan secara langsung di TV3.
![]() Syamsul menerima Anugerah Khas Yasmin Ahmad Berikut adalah senarai penuh kategori dan pemenang ASK2011:
Drama Terbaik: Sanggul Beracun Pelakon Lelaki Terbaik: Eman Manan (Janji Syurga) Pelakon Wanita Terbaik: Umie Aida ( Airmata Nur Salina) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Allahyarham Faizal Yusof (Jangan Hantar Aku ke Neraka) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Elfira Loy (Kum Kum) Pengarah Terbaik: Sabri Yunus (Sanggul Beracun) Lakon TV Terbaik : Sabri Yunus ( Sanggul Beracun) Videografi Terbaik: Sanggul Beracun Drama Rantaian Terbaik: Juvana Drama Komedi Terbaik: Geng Surau Filem Terbaik: Magika Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Remy Ishak (Cun) Pelakon Wanita Terbaik Filem: Siti Shahrizah Eja (Janin) Pengarah Terbaik Filem: Osman Ali (Cun) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Nadiya Nissa (Cun) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Sidek Hussin (Karak) Lakon Layar Terbaik Filem: Erhan Baharudin (Aku Tak Bodoh) Dokumentari atau Majalah Terbaik: Suatu Ketika Bual Bicara Terbaik: Selami Jiwa: Datuk Fazillah Kamsah Rancangan Muzikal Terbaik: Shout Awards 2010: Top 12 Show Rancangan Hiburan Terbaik: Showdown 2011: Meltdown Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2011 Laporan Khas/ Berita Terbaik: Buleten Utama - Pengemis Terhormat. Anugerah Yasmin Ahmad: Syamsul Yusof. Artis Harapan Pantene: Fazli Daniel Ali (Yang Terpuji) |
Monday, November 7, 2011
Sanggul Beracun Dominasi ASK2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: