Monday, November 7, 2011

Ucapan Pemenang-pemenang ASK 2011

Pelbagai reaksi muncul selepas nama-nama mereka diumumkan sebagai penerima anugerah yang dipertandingkan.

Sudah tentu yang paling gembira malam ini, pastinya pelakon berpengalaman besar, Sabri Yunus. Biarpun sudah lama bertapak dalam industri ini, Sabri Yunus mengakui drama Sanggul Beracun merupakan drama pertamanya, dan secara jujurnya dia langsung tidak mengharapkan harapan yang besar untuk mendominasi kejayaan di malam ASK 2011 ini.

Bagi yang menang, tahniah diucapkan, namun buat mereka yang masih belum berpeluang untuk menjulang trofi di majlis berprestij ini, cuba lagi tahun hadapan.

Johan menyampai trofi buat wakil Arwahyarham Faizal Yusuf

Ucapan pemenang:

Sabri Yunus (Pengarah Terbaik, Lakon TV Terbaik, Drama Terbaik, Videografi Terbaik)

“Ini kali pertama saya mengarah dan tidak sangka ia akan diiktiraf sebaik ini. Saya takut dan masih baru di arena, namun hari ini saya mula terfikir mengapa saya tidak lakukan perkara ini sejak daripada dahulu lagi.

“Saya datang dengan harapan sekurang-kurangnya Erra menang, ia sudah mencukupi kerana Erra sangat hebat membawakan wataknya dalam drama itu, namun tidak sangka ia memberikan kemenangan besar buat kami semua.

Nadia Nisa (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem)

“Ini filem pertama yang paling mencabar, memang sejak berlakon saya sudah rasa ia memberi kesan pada saya.

“Saya dah lama berehat daripada berlakon sebab mengandung, namun selepas ini mungkin saya akan memberi ‘lebih’ untuk industri ini.

Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Filem

Eja (Pelakon Wanita Terbaik Filem)

“Syukur Alhamdulillah, kerja keras, susah payah saya dilihat juga. Saya jarang buat filem, namun saya bersyukur biarpun filem kali ini tidaklah mendapat liputan meluas, tiada promosi yang besar namun ia tetap dipandang oleh juri.

Umie Aida (Pelakon Wanita Terbaik Drama)

“Sudah lama saya tidak dicalonkan dalam ASK, dan Alhamdulillah kali ini saya memenangi kategori ini buat kali ketiga.

“Saya sibuk dengan teater Badai Semalam sekarang ini, jadi hanya semalam baru saya rasai kehangatan anugerah ini.

“Bersaing dengan Erra Fazira saya lihat ia satu perkara yang sihat, dan kemenangan ini merupakan cabaran buat saya dalam meningkatkan lagi mutu lakonan selepas ini.

Osman Ali (Pengarah Terbaik Filem)

“Sebenarnya saya mengharapkan pelakon-pelakon saya memenangi anugerah yang dipertandingkan, mereka telah bekerja keras untuk memberikan yang terbaik dalam filem ini. Syukur untuk kemenangan saya kali ini, dan ini juga merupakan anugerah paling besar pernah saya terima berbanding yang sebelumnya.

Syamsul Yusuf (Anugerah Yasmin Ahmad)

“Saya terkejut dan tidak sangka saya akan diberi anugerah khas ini. Sudah tentu anugerah ini berbeza kerana ia berbentuk peribadi.

“Terima kasih pada semua yang tidak henti-henti menyokong saya selama ini, biarpun saya selalu sahaja down dengan hasil kerja saya, namun mereka-mereka itulah yang banyak memberi saya semagat untuk terus berkarya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: