Ekosistem kondusif diwujudkan untuk transformasi PKS domestik jadi kompetitif.
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dijangka memainkan peranan lebih besar mengemudi negara di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).
SME Corp Malaysia berkata, peranan baru itu akan membawa bersama cabaran termasuk langkah liberalisasi dalam sektor perkhidmatan, yang memerlukan syarikat berkenaan melaksanakan pendekatan baru bagi pembangunan PKS sekali gus mempercepatkan pertumbuhan PKS.
Dalam hubungan ini di bawah pelan induk kerajaan, katanya, ia akan melakar hala tuju dasar PKS hingga tahun 2020 dengan mewujudkan satu ekosistem yang kondusif untuk mentransformasikan PKS domestik menjadi kompetitif pada peringkat global bagi meningkatkan kemakmuran serta kesejahteraan negara.
Dalam melaksanakan tanggungjawab itu, SME Corp baru-baru ini mengumumkan Laporan Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana 2010/11 pada Mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebang-saan (MPPK) ke-12.
“Laporan itu adalah salah satu inisiatif signifikan majlis tersebut dengan matlamat menyediakan penilaian semasa mengenai prestasi PKS dan program pembangunan PKS pada tahun berkenaan,” kata SME Corp.
Laporan yang mengumumkan satu siri data semasa mengenai penyediaan peluang pekerjaan dan produktiviti, menunjukkan prestasi pertumbuhan yang baik PKS disertai peningkatan dari segi produktiviti.
“Bagi tahun ketujuh berturut-turut, pertumbuhan itu dicatatkan lebih tinggi berbanding pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) secara keseluruhan, sekali gus menghasilkan peningkatan sumbangan PKS kepada KDNK daripada 28.1 peratus pada 2003 kepada 31.9 peratus pada 2010,” katanya.
SME Corp berkata, laporan itu turut memasukkan input daripada kementerian dan agensi terlibat dalam pembangunan PKS bagi semua sektor ekonomi.
Sunday, November 27, 2011
PKS mampu tingkat ekonomi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: