Friday, November 4, 2011

Pengganti Anuar Zain masih belum ditemui- Edry

Teka teki siapa yang bakal menggantikan Anuar Zain untuk menyanyikan lagu Sedetik Lebih dalam pertandingan Separuh Akhir Muzik Muzik 26 masih lagi belum menemui jawapannya.

Biarpun ada desas desus yang mengatakan penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor bakal mengambil tempat itu, namun menurut Edry, pemilik lagu tersebut, dia masih belum menemui siapa yang layak untuk menggantikan tempat Anuar Zain itu.

“Setakat ini kami masih lagi mencari siapa yang sesuai dan proses perbincangan masih lagi belum selesai. Ada beberapa nama yang telah kami pilih, namun masih belum boleh diumumkan lagi.

“Saya perlu mencari penyanyi yang mempunyai kekuatan yang sama seperti Anuar Zain, kerana saya tidak mahu sekiranya berlaku apa-apa yang tak diingini seperti lagi ini tidak dapat ke peringkat akhir, dia akan dipersalahkan,”jelas Edry.

Ditanya perasaannya apabila Anuar Zain enggan menyanyikan lagu itu, jelas Edry dia tidak mempunyai masalah bersama Anuar dan menyambut baik pilihan Anuar itu.

“Itu hak dia, kami (KRU) dulu pun pernah tarik diri daripada membawakan lagu kami. Siapa pun yang menyanyikan lagu itu bagi saya, ia sama sahaja.

“Saya tidaklah menaruhkan harapan yang besar, kerana setiap lagu yang saya buat hanyalah untuk berkarya, bukan untuk dipertandingkan, jika tercalon ia bonus buat saya selaku komposer,”jelas Edry.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: