Friday, November 25, 2011

Pembangunan perikanan laut


AKTIVITI meletakkan unjam ke dalam laut untuk projek Ladang Ikan Di Laut.


LADANG Ikan Di Laut (LIDL) merupakan kawasan perairan dalam lingkungan lima batu nautika dari pantai meliputi kawasan seluas dua kilometer (km) persegi. Dalam kawasan ini boleh dilabuhkan kombinasi pelbagai jenis unjam terdiri daripada kuboid, tayar, protek dan bahan buangan yang bertindak sebagai peranti menangkap ikan. Projek pembinaan unjam itu telah mula dilaksanakan LKIM di perairan negara sejak 1983.

Bermula Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) pembinaan unjam ditambahbaik dengan pembinaan berasas teknologi baru dari Korea Selatan dan Jepun.

Teknologi itu dikenalpasti dapat meningkatkan keberkesanan dan ketahanan apabila dilabuhkan di dasar laut. Ia turut berperanan sebagai pelindung kepada aktiviti pukat tunda dan pencerobohan kawasan perikanan pantai.

Objektif utama program ialah:

* Memperkayakan sekitaran laut pantai

* Memudahkan nelayan pantai menangkap ikan melalui target fishing

* Memupuk kesedaran nelayan tentang pemuliharaan dan penggunaan sumber perikanan secara optimum

* Merintis usaha ke arah Community Based Fisheries Management (CBFM) di kawasan pembinaan unjam-unjam.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), tumpuan program adalah kepada penjenamaan semula unjam kepada LIDL di mana tapak unjam produktif diperbesarkan bagi membolehkan aktiviti nelayan penangkapan ikan.

Sehingga 2010, LKIM berjaya membina 549 unjam termasuk 23 LIDL di seluruh negara membabitkan kos RM100 juta.

Impak pembinaan unjam-unjam

* Membina 23 buah LIDL produktif.

* Melaksanakan pembesaran 44 buah dan penyelenggaraan 19 tapak unjam.

* Berdasarkan kajian biologi dan taburan ikan di kawasan unjam oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT), sebanyak 46 spesies ikan pelagik dan demersal di kawasan unjam pada pelbagai kedalaman, 27 spesies ikan dominan, manakala 19 spesies pelawat.

* Kelimpahan dan kepadatan ikan di LIDL meningkat 30 peratus dan kandungan nutrien di kawasan unjam lebih baik berbanding laut terbuka.

* Sasaran penjimatan kos operasi sebanyak 10 peratus melalui aktiviti penangkapan kawasan unjam mempunyai kepadatan ikan yang tinggi

* Mencapai sasaran peningkatan produktiviti sebanyak 20 peratus.

* Daripada 23 LIDL, hanya satu CBFM diwujudkan melalui kerjasama LKIM-DOF di Langkawi, Kedah.

* Sasaran peningkatan pendapatan nelayan pantai sehingga RM1,000 sebulan.

* Pembinaan unjam mewujudkan peluang pekerjaan menerusi aktiviti seperti penyewaan bot kepada pelancong, produk berasaskan ikan, pembukaan Medan Ikan Bakar, pembinaan chalet di bawah program agro-pelancongan.

Program Pemilikan Bot

Pemilikan bot gentian kaca (FRP) di bawah Program Transformasi Nelayan di kalangan 51 permohonan nelayan secara berkelompok membabitkan peruntukan RM12 juta diluluskan di bawah DANA LKIM sehingga 31 Disember 2010.

Pembangunan Perikanan Laut Dalam

Program pembangunan teknologi perikanan dibangunkan dan skim pemilikan bot diperkenalkan oleh LKIM dalam usaha mencapai objektif memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan dengan penumpuan kepada pendapatan, mengembangkan dan memajukan industri perikanan.

Blue Ocean Fisheries

Penubuhan anak syarikat LKIM iaitu Blue Ocean Fisheries Sdn. Bhd. ( BOFSB ) di Pelabuhan MITP Batu Maung, Pulau Pinang memberi tumpuan kepada pembangunan industri penangkapan tuna di perairan negara dan Lautan Hindi. Syarikat ditubuh secara usahasama pelaburan 28:72 antara LKIM dan Ocean Tuna Sdn Bhd diwakili pelabur Jepun.

Majuikan Pantai Timur

Penubuhan anak Syarikat iaitu Majuikan Pantai Timur (MPT) dengan pemilikan 40 buah bot Pukat Tunda beroperasi di Pelabuhan Perikanan Cendering dan Kuantan dengan kos pelaburan awal berjumlah RM10 juta.

Majuikan

Majuikan Sdn Bhd diperbadankan dari MPT pada 1988 dengan pemilikan 10 bot Pukat Tunda di Kuantan dengan kos pelaburan awal RM2 juta.

Asas Ombak

Syarikat Asas Ombak Sdn. Bhd. (AOSB) mengambilalih Projek Penangkapan Ikan Laut Dalam MSB sejak 1992 dengan pemilikan 13 buah bot (1992 sehingga sekarang).

Skim Menyelamat Bot LKIM dibentuk pada 1996 bagi mengenalpasti bot di bawah SKK dan SPKP yang menghadapi masalah teknikal dan pengurusan oleh pemilik untuk diambilalih oleh LKIM bagi serahan operasi kepada AOSB (MSB).

Lapan buah bot telah diserapkan ke skim berkenaan dengan kos pengambilan dan penyempurnaan pinjaman di BPM, pampasan dan kos peningkatan berjumlah RM5.0 juta.

Program tuna komersial

Penangkapan tuna merupakan satu lagi program LKIM dalam usaha meningkatkan pendapatan nelayan.

Untuk itu Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Semporna dan PNK Teluk Padas telah dibekalkan beberapa bantuan sokongan untuk terlibat dalam aktiviti penangkapan tuna secara komersial di pantai barat Sabah dan Pulau Layang-layang di Laut China Selatan.

Ia termasuk menyediakan sebuah bot penangkap menggunakan rawai tegak tuna dan pengangkut tuna untuk PNK Semporna, selain dari PPHP yang boleh membantu menjalankan aktiviti nilai tambah seperti produk serunding dan fillet dengan usahasama Asas Matahari Sdn Bhd (AMSB).

PNK Telok Padas turut dibantu dalam pemilikan lima buah bot transformasi dan ice flake sebagai permulaan dalam aktiviti penangkapan tuna secara komersial.

1 comment:

  1. I have a friend who is OKU ( cacat pendengaraan) Ammal bin Sabtial Kg Menampilik Semporna Sabah. He sms his old friend ( Zulaidi) in KL to register for him. We not able to register online.

    Pls help hamba allah ini.

    His contact no 013-2029316. Pls text him for details. He been trying to register with Ekasih application for ejin boat sangkut.


    Tel

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: