Pelanggan setia Johnson & Johnson, kini boleh merebut peluang memenangi hadiah lumayan bernilai RM36,500, menerusi peraduan Im a Johnson Golden User.
Peraduan itu bermula awal bulan lalu, dan boleh disertai dengan pembelian sebanyak RM15, untuk rangkaian jenama produk Johnson & Johnson yang terpilih.
Setiap keluarga dengan penyertaan paling banyak bagi setiap minggu, akan berpeluang membawa pulang baucar emas bernilai RM1,500 setiap satu.
Pengarah Urusan Johnson & Johnson, Joyce Lee berkata, Johnson sentiasa berusaha mencapai standard dalam memberikan perkhidmatan terbaik menerusi jenama dan produk bagi keselamatan, keberkesanan dan memenuhi keperluan pengguna.
“Peraduan ini diadakan khas untuk menghargai pelanggan dengan tawaran hadiah yang hebat,” katanya.
Antara jenama yang turut serta termasuklah Johnson’s baby; Johnson’s Essential; Johnson’s pH5.5; Johnson’s Body Care; Neutrogena; Clean & Clear; Listerine; Carefree dan Stayfree.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: