Nama Syella Kamaruddin, mungkin kurang dikenali berbanding artis popular lain. Namun lagu 'Menangis Dalam Hujan', pernah mengangkat namanya dalam industri seni. Setelah lama menyepi, timbul berita penyanyi ini sudah berkahwin dengan VIP.
Melangsungkan pernikahan pada September lalu, majlis perkahwinannya menjadi bualan ramai kerana nilai hantarannya yang sangat mewah.
Selain menerima banglo bernilai RM5 juta, Syella juga dikatakan menerima kereta Audi R8. Menerusi sebuah portal hiburan, Syella, mengakui majlis perkahwinannya itu menelan perbelanjaan RM15 juta, termasuk kos hantaran dua-dua pihak.
"Saya tak rasa perbelanjaan ini membazir kerana bagi saya perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Saya tidak kisah apa orang hendak kata, yang penting semua perbelanjaan itu saya dan suami keluarkan sendiri. Bukan tajaan mana-mana pihak.
"Saya sendiri, keluarkan belanja kira-kira RM800 ribu manakala selebihnya daripada suami,” kata Syella yang enggan mendedahkan nama suaminya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: