Thursday, November 3, 2011

Nasib 13 peniaga terbela

MESRA...Saravanan (kiri) bertemu peniaga di Hentian Bas Klang, semalam.
MESRA...Saravanan (kiri) bertemu peniaga di Hentian Bas Klang, semalam.

KUALA LUMPUR: Kerisauan peniaga di Hentian Bas Klang mengenai punca pendapatan mereka yang bakal terjejas akibat kerja pembinaan projek stesen Transit Aliran Massa (MRT) Pasar Seni, berakhir apabila mereka disediakan tapak niaga sementara iaitu kawasan lapang bersebelahan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di situ.

Ruang terbabit diberikan selepas perbincangan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dengan Prasarana Negara Berhad bagi membela nasib 13 peniaga yang masih aktif berniaga di kawasan berkenaan.


Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan, berkata mereka akan dipindahkan serta-merta sejurus tapak sementara itu sedia diduduki.

“Seramai 13 peniaga yang masih aktif berniaga di kawasan ini akan diberikan tapak sementara bersebelahan stesen LRT Pasar Seni bagi memberi mereka ruang untuk mencari pendapatan,” katanya selepas melawat bekas tapak Hentian Bas Klang, Prasarama Kota, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: