CANGGIH...Nagata bersama model projektor 3D keluaran Sony.
SONY (Malaysia) Sdn Bhd (Sony) melancarkan projektor tiga dimensi (3D) pertama di dunia bersama dua model lagi yang dikhususkan untuk keperluan perniagaan.
Ketua Bahagian Penyelesaian Profesionalnya, Chin Charn Choong berkata, tiga model itu, VPL-WV90ES, VPL-SX125 dan VPL-SW125 menepati kehendak operasi perniagaan di negara ini.
“Kami memudahkan penggunaan projektor dengan ciri mudah pakai seperti jarak dekat dalam ruang bilik mesyuarat yang terhad,” katanya selepas pelancaran model baru terbabit di Kuala Lumpur, semalam.
Ia turut dihadiri Pengurus Besar Pemasaran Pencetak Visual, Syarikat Penyelesaian Profesional Sony Electronics Asia Pasifik, Nagata Tsuyoshi.
Choong berkata, pengenalan tiga model terbabit diharap mampu menambah penguasaan pasaran kepada 10 peratus dalam kategori projektor profesional perniagaan bagi tempoh 12 bulan akan datang.
“Setakat ini, kami memiliki lima peratus penguasaan pasaran dengan 12 produk baru sudah diperkenalkan sepanjang tahun,” katanya.
Sebagai pengeluar projektor 3D pertama di dunia, Sony membahagikan produk kepada 70 peratus untuk segmen perniagaan dan 30 peratus lagi segmen pengguna.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: