
AHMAD SHABERY (dua dari kanan) semasa mempengerusikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara di Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA – Majlis Belia Malaysia (MBM) menerima peruntukan tambahan sebanyak RM1.5 juta berbanding RM1 juta sebelum ini menerusi Bajet 2012 sebagai usaha merangsang pembangunan program belia negara.
Selain MBM, Majlis Belia Negeri turut menerima tambahan suntikan dana sebanyak RM100,000 dan Majlis Belia Daerah diperuntukkan RM50,000.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, peruntukan baharu menerusi Bajet 2012 itu memberi tambahan modal kepada badan gabungan belia yang berdaftar dengan minimum RM50,000 mengikut skala keahlian.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: