Thursday, November 17, 2011

Panel solar pilihan pelabur


MUKHRIZ bersama Soo Hong (tengah) dan Muhamad Sobri (kiri) pada majlis pelancaran pengeluaran panel solar ke-3,000 gigawatt di Kulim semalam.


KULIM – Malaysia kini mengukuhkan kedudukannya sebagai salah sebuah negara pengeluar panel solar terbesar dan berkelas dunia serta berjaya mendahului negara pesaing lain yang lebih besar.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, melalui usaha kerajaan, banyak syarikat berkelas dunia telah memulakan operasi pengeluaran panel solar di Malaysia.

Menurutnya, dengan menawarkan insentif seperti pelepasan cukai keuntungan syarikat selama 15 tahun, kadar faedah yang rendah dan infrastruktur yang baik seperti di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Malaysia kini menjadi pilihan utama destinasi pelaburan langsung asing (FDI) bagi sektor berkenaan.

“Kejayaan itu juga disumbang oleh pelbagai faktor seperti sokongan di dalam bentuk pengurangan cukai, pinjaman dan peraturan yang jelas,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: