
PAPERMATE, jenama peneraju produk alat tulis dan pembetulan melancarkan Pertandingan Liquid Paper Papermate The Correction Challenge dalam bentuk cabaran permainan atas talian sebagai landasan untuk golongan muda berseronok dengan ejaan sambil melayakkan diri mereka memenangi tablet Apple iPad 2.
Pertandingan yang diadakan di laman Facebook tersebut baru-baru ini, bertujuan mendidik masyarakat terutama generasi muda dalam suasana santai tentang kepentingan mengeja dengan cara yang kreatif dan interaktif.
Pertandingan Liquid Paper Papermate The Correction Challenge diadakan sempena dengan pelancaran rangkaian baru Liquid Paper Dryline Ultra Correction Tape daripada Papermate.
Ia merupakan produk pembetulan unik yang menampilkan pita isian semula untuk memulihara sumber.
Direka berbentuk pen menjadikannya sangat selesa dipegang baik untuk tangan kanan atau kiri. Ia juga didatangkan dengan fungsi penutup tekan di belakang untuk memudahkan pengisian semula dan juga penutup hujung bagi mengelakkan pita bergelung.
Pertandingan The Correction Challenge telah berjaya menarik seramai 10,280 peserta dan dimainkan lebih daripada 40,000 kali.
Setelah beberapa minggu bertarung mengeja, pertandingan The Correction Challenge menemui pemenangnya.
Sern Wei Tze dari Kolej Multimedia (MMU) dan Amril Radzman Amrahi dari Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjadi pemenang dengan setiap seorang mendapat iPad 2.
Kin Sum dari Kolej Multimedia (MMU), Vincent Lee Hsueh Wei dari Kolej Taylor's dan Khor Then Kiang dari Kolej Damansara Utama (KDU) pula menerima iPod Touch setiap seorang.
Layari http://www.facebook.com/PaperMateMalaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: