Tuesday, November 15, 2011

Daisy diiktiraf Wanita Pilihan

INTIM...Daisy dan Smith mula berpacaran selepas dia berpura-pura menulis jatuh cinta dengan Doctor Who.
INTIM...Daisy dan Smith mula berpacaran selepas dia berpura-pura menulis jatuh cinta dengan Doctor Who.
JADI PILIHAN...Daisy menjadi penghias kulit majalah GQ keluaran April.
JADI PILIHAN...Daisy menjadi penghias kulit majalah GQ keluaran April.

DIA adalah gadis kulit depan majalah GQ dan menjadi idaman ramai jejaka seluruh dunia.

Model Daisy Lowe membuktikan mengapa popularitinya semakin meningkat.

Wanita berusia 22 tahun itu mempamerkan susuk tubuhnya yang menawan menerusi gaun merah ketika dia diiktiraf sebagai Wanita Pilihan dalam Anugerah Tahunan Lelaki GQ di Komische Oper, Berlin.

Daisy hadir ke acara itu ditemani kekasihnya, bintang Doctor Who, Matt Smith.


Bekas peserta Dancing With The Stars, Elisabetta Canalis yang turut hadir bersama pereka fesyen, Roberto Cavalli juga tampil menyerlah dengan gaun keemasan.


Aktres itu menunjukkan bentuk tubuhnya yang langsing memadankan pakaiannya
dengan beg kepit keemasan.

Elisabetta kemudian diberi penghargaan untuk menyampaikan anugerah kehormat kepada Cavalli.

Dia juga dilihat tidak berenggang dengan anak lelakinya Daniele yang ikut serta ke majlis itu memakai jaket hitam.

Aktor dan pemuzik, Jared Leto pula muncul dengan jaket merah dan kemeja hitam, manakala Dionne Bromfield tampil elegan memakai gaun hitam ringkas dan mekap nipis ketika menyampaikan persembahan bagi memperingati Amy Winehouse.

Sementara itu, Daisy dan Smith bertemu selepas model berkenaan berpura-pura
menulis di Twitter bahawa dia jatuh cinta dengan Doctor Who. Rakan Smith kemudian memberitahu model terbabit yang Smith ingin bertemunya.

Mereka kemudian bertukar nombor telefon dan bertemu di Coachella ketika festival California pada April tahun lalu.

Susuk tubuh Daisy membezakan antara peragawati itu dengan rakan model yang lain. Dalam wawancara bersama Evening Standard semalam, dia mendedahkan bagaimana dia mengekalkan bentuk tubuhnya yang terkenal itu.

“Makanan adalah satu daripada keseronokan dalam hidup, jadi, satu-satunya perkara yang sesuai untuk saya adalah bersenam di gimnasium.

“Eqvvs di Knightsbridge adalah gimnasium kegemaran saya kerana ia kecil, jurulatihnya baik dan mereka melakukan senaman membuang limfa yang mengurangkan sebahagian besar selulit saya,” katanya.

Bersenam jelas memberi kelegaan mental kepada Daisy.

“Ia membuat saya lebih segar dan saya seronok melakukannya.

“Anda boleh lepaskan semua kekecewaan. Sekiranya ada orang yang tidak berlaku baik kepada anda dan saya jenis orang yang tidak akan membalas perlakuan itu, jadi saya akan ke gimnasium dan melepaskan semuanya,” katanya.

Model terbabit yang muncul dalam sesi fotografi pakaian dalam untuk GQ ketika dia menjadi penghias kulit depan pada April lalu turut mendakwa wanita kelihatan lebih cantik apabila tubuh mereka menawan.

“Wanita lebih cantik jika tubuh mereka hebat. Saya bangga mempunyai aset yang dihargai wanita ini.

“Ya, saya rasa wanita memang hebat,” katanya.

Daisy turut menyuarakan mengenai hubungannya dengan Smith.

“Ketika kami mula-mula berpacaran, kami memutuskan untuk tidak bercakap mengenai hubungan kami. Saya rasa ia adalah pilihan yang bijak, tetapi ia membuatkan wartawan menjadi lebih ‘laparkan’ berita.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: