Thursday, November 3, 2011

ADaP, sisipan e-Lab bantu tingkat penguasaan bahasa Inggeris


SEBAHAGIAN daripada murid-murid SK Bandar Teknologi Kajang gembira bersama naskhah akhbar Utusan Malaysia selepas pertandingan mewarna di sekolah itu, semalam.


KUALA LUMPUR 2 Nov. - Program Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) dan pembelajaran melalui sisipan pendidikan berbahasa Inggeris (BI) Utusan Malaysia, e-Lab mampu meningkatkan prestasi dan penguasaan bahasa itu dalam kalangan pelajar.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Teknologi Kajang, Mustaffa Kamal Jamlus sehubungan itu berkata, pihaknya akan terus melanggan akhbar Utusan Malaysia yang memuatkan sisipan tersebut.

"E-lab amat sesuai untuk digunakan sebagai panduan kepada guru serta bahan latihan pelajar di dalam bilik darjah kerana menepati kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)," katanya.

Beliau ditemui pada pertandingan mewarna sempena Minggu Pusat Sumber sekolah tersebut dekat sini hari ini.

Mustaffa Kamal berkata, sempena pertandingan itu pihaknya membeli sebanyak 711 naskhah Utusan Malaysia untuk diedarkan kepada murid-murid.

Mengenai pertandingan mewarna itu, beliau menjelaskan, seramai 711 pelajar daripada prasekolah, tahap satu dan dua mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Tambahnya, sepanjang Minggu Pusat Sumber, pihaknya turut menganjurkan pertandingan bercerita, membuat buku skrap dan kuiz.

"Pertandingan seperti ini diadakan bagi memberi keseronokan kepada pelajar setelah seharian berada di dalam kelas selain meningkatkan daya kreativiti mereka," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: