Wednesday, March 16, 2011

Yeay... Yeay... cuti sekolah!

Cuti sekolah kembali lagi! TV9 menghidangkan pelbagai rancangan menarik untuk adik-adik. Pada 15 Mac hingga 17 Mac ini, epik pengembaraan dalam The Fairly OddParents – Wishology Series, jam 4 petang menanti penonton cilik dengan kehandalan Timmy mengalahkan kekuatan kuasa jahat.

Pada 18 Mac, siri Danny Phantom The Ultimate Enemy pula mengambil alih pada masa yang sama. Siri ini mengisahkan Danny yang akan menjadi hantu yang paling jahat di planet ini apabila umurnya menjangkau 24 tahun.

Selepas itu, jangan lupa menonton Jimmy Neutron: Attack of the Twonkies di mana Jimmy kembali ke rumah menemukan satu makhluk asing comel yang tersisir jauh dari kapal angkasanya. Tonton siri ini pada hari Sabtu, 19 Mac jam 4 petang.

Adik-adik juga dihidangkan rancangan Back-to-Back Nick Movie Maraton dengan tiga siri kartun menarik selama tiga jam tanpa henti. Tiga siri itu adalah Danny Phantom - Phantom Planet (2.30 petang), Jimmy Neutron - Win, Loose & Kaboom (3.30 petang) dan SpongeBob WhoBob WhatPants (4.30 petang).

Jangan lupa saksikan rancangan menarik ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: