
Dilahirkan pada tahun 1932, banyak kejayaan ditempa biarpun pada awalnya Nordin begitu sukar menempatkan dirinya.
Filem seperti Seri Mersing, Semerah Padi, Air Mata Duyong, Gurindam Jiwa, Hang Jebat, Cucu Datuk Merah dan Raden Mas adalah filem yang menjadi ingatan peminatnya hingga kini.
Bermula sebagai kerani di sebuah syarikat di Singapura, Nordin kemudiannya mengikuti sesi uji bakat sebagai pelakon yang diadakan Malay Film Productions (MFP) sekitar tahun 1951.
Percubaannya gagal apabila pengarah S Ramanathan mengatakan Nordin tidak ada bakat menjadi pelakon.
Mungkin tercabar dengan kata-kata itu, Nordin tekad meninggalkan kerjaya yang menjanjikan masa depan dan bekerja di studio MFP sebagai buruh kasar. Diterima berlakon dalam filem Rayuan Sukma dan Juwita tanpa sebarang dialog menjadi titik mula perjalanan kerjaya seninya.
Pengarah Haji Mahadi membuka peluang kepadanya menjadi hero untuk filem pertamanya, Permata, namun filem itu tidak mendapat sambutan meskipun digandingkan bersama bintang Maria Menado. Akhirnya dia kembali menjadi pelakon tambahan.
Berkawan baik dengan seniman Tan Sri P Ramlee, Nordin diberikan watak sebagai Teruna menerusi filem Semerah Padi pada tahun 1956.
Filem itu mendapat sambutan dan terus melonjakkan namanya sebagai bintang filem. Dari MFP, Nordin berhijrah ke Studio Cathay Kris dengan tawaran lumayan dan menjadi kesayangan Cathay.
Filem seperti Kasih Ibu, Naga Tasek Chini, Play Boy, Kekasih, Nafsu Belia, Keranda Berdarah dan Lubang Neraka adalah antara karya arahannya.
Menghembuskan nafas di Hospital Besar, Singapura pada 15 Jun 1971 kerana demam kuning, Nordin Ahmad meninggalkan seorang balu iaitu Salmah Ibrahim (Salmah Hitam) serta tiga cahaya mata, iaitu Asmah, Tuah dan Asnor.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: