Wednesday, March 2, 2011

Siti Rakam Album Inggeris Pertama

Bakal muncul secara eksklusif di Hotel Quality sempena Minggu Setiausaha, Datuk Siti Nurhaliza akan menyerikan pentas Matrade Exhibition & Covention Centre (MECC) pada 5 April akan datang.

Majlis yang akan menyajikan lebih seratus hidangan makanan yang lazat dan mewah yang berkonsepkan buffet antarabangsa ini dibuat khas buat untuk mengembalikan nastolgia Siti Nurhaliza selepas sudah tujuh tahun dia bekerjasama dengan Hotel Quality semenjak tahun 2000.

Memilih taqline, Nostalgia Datuk Siti Nurhaliza, jelas Siti dia bakal menyanyikan lagu-lagu lama miliknya dan beberapa penyanyi lain untuk mengembalikan kenangan-kenangan lama peminat.

Siti mengakui sukar merakamkan lagu inggeris

"Saya percaya lagu-lagu lama banyak menyimpan kenangan yang bermakna, jadi untuk minggu setiausaha bersama Hotel Quality kali ini saya akan membawakan lagu yang pernah saya popularkan dahulu.

"Saya juga akan menyanyikan beberapa lagu artis lain, dan turut akan membawakan beberapa lagu daripada album terbaru saya.

"Dari segi susunan lagu pula, ia masih sama daripada rentak yang asal, cuma jika ada perubahan sekalipun ianya tidak terlalu ketara dan bersesuaian dengan rentak muzik sekarang,"jelas Siti Nurhaliza yang bakal bekerjasama dengan Adam AF dan Dee untuk Minggu Setiausaha Hotel Quality ini.

Harga meja yang dijual adalah bermula dengan harga, RM550, RM450, RM400 dan RM340 mengikut beberapa kategori. Untuk tempahan dan keterangan lanjut boleh hubungi 03-2693 9233 atau email kepada fnb@quality.com.my Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Album Inggeris Pertama

Disisi kerjaya, Siti Nurhaliza kini membawa khabar gembira bahawa dia bakal muncul dengan album terbaru tahun ini. Berbeza dengan album-album sebelum ini, Siti muncul dengan album inggeris pertama setelah beberapa tahun mengimpikannya.

"Sebenarnya plan untuk merakamkan album inggeris ini sudah lama, tapi ia tertangguh. Tapi kini selepas ulang tahun saya yang lalu, saya membuat keputusan untuk merakamkan album ini secara serius.

Temui Siti di Minggu setiausaha hotel quality

"Setakat ini saya sudah merakamkan enam buah lagu, dan mungkin empat lagi akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

"Saya mendapat kerjasama daripada komposer Australia, Brian Bruno dan Christian Alexander. Sebenarnya album ini lebih kepada projek khas saya antara SNP dan Wassup Entertainment (milik adib, anak Datuk Khalid).

"Untuk permulaan, album ini akan di pasarkan di Malaysia terlebih dahulu, dan saya berharap ia juga boleh dipasarkan di pasaran antarabangsa.

"Tak dinafikan, memang agak sukar untuk merakamkan album ini, lebih-lebih lagi mereka mahu kita menyanyi dalam 'slang' mereka, tapi Alhamdulillah, setakat enam buah lagu yang dirakamkan, saya berjaya melaksanakannya,"jelas Siti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: