
Pengajian secara jarak jauh itu bertujuan memberi peluang kepada artis tempatan menambah ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang pendidikan dan juga pengurusan perniagaan.
Mendapat kerjasama yang baik daripada pihak UUM, pengajian ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai artis mengikuti ijazah dalam bidang komunikasi agar tidak dipandang rendah sesetengah pihak.
Menurut Exco Seniman Muda, Zed Zaidi pada peringkat awal pengajian, seramai 38 penggiat seni mengikuti pengajian komunikasi.
“Sebagai ahli muda, saya bangga apabila aktiviti seperti ini mendapat respons yang positif. Sehingga peringkat kedua pada Disember tahun lalu, semakin ramai yang sudah membuka mata dan mengetahui kepentingan pengajian ini.
“Lagi pun tidak perlu ke kampus induk kerana pengajian hanya dilakukan di kampus Kuala Lumpur. Apabila kita sudah ada ilmu, orang akan segan dan akan kuranglah berlakunya salah faham hanya kerana artis kita kurang berilmu,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya lagi, sejak insiden tahun lalu di mana seorang artis baru mengugut untuk membunuh wartawan, program pengajian ini mendapat sambutan yang baik kerana tidak mahu tersilap langkah dan kata-kata ketika berdepan dengan wartawan atau siapa sahaja.
“Dengan pendekatan ini, Seniman secara tidak langsung melunaskan tanggungjawab selain menjaga kebajikan setiap artis di bawah naungan Seniman. Inilah platform yang kita gunakan agar artis tempatan boleh memajukan diri mereka,” katanya.
Selain Zed, artis lain yang turut terlibat adalah Emelda Rosmila, Noh Hujan, Diddy dan Akim AF7.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: