
Sambil inovasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) berlaku dalam keseluruhan industri air Malaysia dan pada sepanjang rantaian bekalan, sebahagian besar daripadanya dipacu oleh sektor swasta, kata Najib dalam teks ucaptamanya pada Persidangan Air Serantau Asia Pasifik (APRWC) kedua di Petaling Jaya, semalam.
Teks itu dibacakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
“Jika kita kaji ekonomi lain, kita akan dapati trend perubahan. Mereka meneroka melangkaui bukan semata-mata proses dan penstrukturan dalam aktiviti R&D masing-masing bagi memenuhi prinsip global dalam pengurusan alam sekitar dan perubahan iklim,” kata Najib.
Selain memastikan air bersih, katanya, mereka turut bersusah payah melaksanakan R&D bagi memastikan kemampanan.
“Sektor air masing-masing dilihat memberi fokus pada perubahan seperti mengurangkan kehadiran karbon dan membangunkan lebih banyak proses rawatan air yang mampan,” katanya.
Najib berkata, persidangan tiga hari itu adalah satu platform ideal bagi dilakukan pertukaran yang intelektual.
“Saya berkeyakinan persidangan ini akan menyediakan anda pandangan bernilai yang akan membantu memupuk model perniagaan baru yang lengkap bagi berdepan cabaran era teknologi dan globalisasi,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: