
Ketua Pemasaran dan Komunikasinya, Angelina Fernandez berkata, dengan aminan wang dikembalikan bagi pakej tempatan dan antarabangsa serta hadiah bernilai RM30,000, FireFly yakin pelanggan akan menikmati nilai berganda bagi pakej hebat ini.
“Tawaran ini adalah untuk pelanggan yang membeli pakej destinasi yang sama dari mana-mana gerai yang dibuka di Matta Fair bermula dari 11 hingga 13 Mac dengan harga yang lebih rendah, FireFly akan mengembalikan bayaran penuh bagi pakej terbabit.
“Pada hari pertama pameran, kami menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelanggan dari segi jualan dan ini pastinya disebabkan tawaran jaminan wang dikembalikan yang kami dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, pakej yang paling mendapat sambutan tinggi pada hari pertama ialah pakej antarabangsa iaitu di Koh Samui manakala Langkawi menjadi destinasi paling menjadi pilihan bagi penduduk tempatan.
Dalam pada itu, FireFly turut menyediakan tiket pergi balik ke Terengganu, Sibu dan Medan, serta barangan FireFly sebagai hadiah bagi kuiz yang diadakan bersama pengunjung.
Dengan kerjasama Maxis, tahun ini juga adalah tahun bertuah bagi pelanggannya, Lee Ah Lian apabila membawa pulang iPhone-4 dalam cabutan bertuah atas belian pakej penerbangan ke Singapura bernilai RM1,800 untuk dua orang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: