jangan lupa klik disini Loading page Loading page

Friday, March 25, 2011

Dumex perkenal Dugro Komplete Nutri



Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Dumex) berhasrat meningkatkan kira-kira enam peratus jualan produknya tahun ini selaras perkembangan pasaran nutrisi kanak-kanak di Malaysia.

Pengarah Urusannya, Toni Brendish berkata, selaku peneraju pasaran nutrisi kanak-kanak, Dumex sentiasa meningkatkan formulasi barisan produknya seiring keperluan pemakanan kanak-kanak di negara ini.

Terbaru, mereka memperkenalkan Dugro Komplete Nutri, rumusan susu yang mengandungi nutrisi lengkap untuk tumbesaran menyeluruh kanak-kanak merujuk kepada Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI).

“Kami melihat pasaran nutrisi kanak-kanak di sini semakin berkembang dengan peningkatan kira-kira enam peratus setiap tahun dan berharap jualan produk kami akan mencapai lebih dari itu.

“Dengan pengenalan Dugro Komplete Nutri, kami berhasrat meningkatkan penguasaan pasaran tahun ini melebihi apa yang dicapai sekarang, 25.6 peratus,” katanya ketika pelancaran Dumex Dugro Komplete Nutri di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pakar Nutrisi Kanan Dumex, Ng Pui Kunn dan Pengarah Pemasaran Dumex, Ang Chong Lee.

Brendish berkata, Dumex akan terus memberikan komitmen untuk menghasilkan lebih banyak produk baru berinovatif yang dapat membekalkan pertumbuhan dan perkembangan optimum kanak-kanak di Malaysia.

Menerusi majlis sama, Dumex turut melakukan penjenamaan semula untuk jenama itu bagi meningkatkan kedudukannya dengan menampilkan ‘wajah’ lebih segar dan moden.

Seiring pengenalan Dugro Komplete Nutri, Dumex memperkenalkan peraduan Komplete Nutri bertujuan memberi inspirasi kepada golongan ibu untuk terus memberikan anak mereka Dumex Dugro.

Chong Lee berkata, Dumex memperuntukkan sehingga RM7 juta bagi peraduan selama dua bulan (sepanjang April dan Mei 2011).

Peraduan itu menawarkan hadiah utama bernilai RM80,000 untuk mengubahsuai dapur oleh pereka hiasan dalaman terkenal, Eric Leong.

1 comment:

  1. Sejak dari anak pertama, saya memang bagi anak minum susu Dugro Bijirin Halus 1-3 Tahun, saya sangat berpuas hati sekiranya anak saya tidak makan pun dia akan terasa kenyang seb dalam susu tu dah ada cereal halus.. Anak kedua saya pun meminum susu yang sama hingga ke hari ini.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: