Friday, March 25, 2011

BMW tampil model Mini empat pintu

Kumpulan BMW Malaysia memperkenalkan dua model mini Cooper S Countryman yang pertama menampilkan kenderaan empat pintu, dengan pacuan empat Roda (4WD).

Pengarah Urusannya, Geoffrey Briscoe berkata, sebagai pembuat kereta ikon premium pertama di dunia, mini mencatatkan sejarah apabila jenama mini diperkenalkan semula pada 2001 oleh Kumpulan BMW Group.

“Kini, jenama mini akan menjadi jenama berjaya dan semakin penting untuk Kumpulan BMW Malaysia kerana berjaya menjual 222 unit mini pada 2010, menunjukkan pertumbuhan 3.7 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya ketika majlis pelancaran di Kuala Lumpur, semalam.

Mini Countryman adalah kereta mini pertama menampilkan ciri empat pintu dengan ruang dalaman serbaguna yang boleh memuatkan lima orang. Pintu belakang besar untuk memberikan akses lebih dari dua kali ganda ruang simpanan berbanding model mini sebelum ini.

Pacuan semua roda Mini All4 adalah ciri standard pada Mini Cooper S Countryman yang membolehkan pemandu menikmati kesempurnaan pemanduan kerana sistem pacuan empat rodanya akan memberikan tindak balas pantas dan tepat serta tepat pada perubahan permukaan jalan.

Pengurus Mininya, Farid Sulaiman berkata, sekalipun terdapat perubahan, tetapi ciri keaslian dan perwatakan sedia ada masih dikekalkan seperti garisan bumbung, lampu depan besar terletak ke dalam bonet dan lengkungan roda luas dan bergaya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: