Tuesday, March 15, 2011

Aizdean jauh dari bencana Jepun

Bila Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami, sesiapa yang ada anak atau anggota keluarga pasti akan bimbang akan keselamatan mereka. Apatah lagi bila adanya letupan nuklear di sana yang dibimbangi akan memburukkan lagi keadaan.

Penyanyi kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Jepun, Aizdean juga antara yang dibimbangi keluarganya apabila terdengar bencana di negara matahari terbit itu.

"Saya di Tokyo jauh daripada kawasan bencana... jarak bandar Tokyo dengan kawasan reaktor tu sekitar 200 kilometer, harap-harap kesannya tidak akan sampai ke tempat saya tinggal.

Lagipun kerajaan telah menempatkan kawasan reaktor tu sekitar 20 kilometer daripada kawasan penempatan... harap-harap tak ada apa apa yang buruk akan berlaku.

"Tapi semasa kejadian gempa hari itu sempat juga panik kerana sistem pengangkutan tidak bergerak langsung pada awalnya.

"Selepas itu barulah 30 hingga 50 peratus sahaja yang beroperasi. Saya terkandas juga beberapa jam kerana kejadian berlaku semasa saya keluar rumah.

"Sekarang saya masih menjalani rutin biasa. Tengoklah, kalau sempat saya akan ke Kedutaan Malaysia untuk menolong apa-apa yang patut di sana," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Mangga Online.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: