Tuesday, March 15, 2011

Mampukah Ratu The Movie Menjadi Box Office?

Filem Ratu The Movie memaparkan sebuah program realiti yang diberi nama ‘Pesona Ratu’.
Mencari gadis-gadis berkelayakan untuk diiktiraf sebagai ratu, akhirnya seramai 10 peserta berlatar belakangkan profesion yang berlainan dipilih untuk ke peringkat akhir. Mereka akan dibawa belayar ke satu tempat untuk penilaian seterusnya.
Dua peserta terkeluar awal kerana gagal tiba ke lokasi perjumpaan seperti yang telah ditetapkan. Berlayarlah 8 peserta bersama tenaga kerja ‘Pesona Ratu’ ke lokasi rahsia.
Setiap seorang peserta mempunyai misi masing-masing dalam merebut takhta ratu yang ditawarkan. Walaubagaimanapun, kapal mereka tersadai di sebuah pulau terpencil.
Ini memaksa mereka tinggal sementara di pulau tersebut sementara menanti kapal mereka diperbaiki. Bermulalah detik hitam yang melanda peserta-peserta yang memburu gelaran ratu ini.
Kesukaran mengharungi hidup di pulau itu dengan ribut yang melanda, bekalan makanan yang semakin kehabisan dan kemunculan makhluk yang tidak diundang mula menampakkan sikap sebenar setiap seorang daripada mereka.
Seorang demi seorang mula hilang dan mereka semakin cemas mencari jalan keluar. Apakah yang terjadi seterusnya. Ikuti filem Ratu the Movie dengan tema “Pengembaraan yang tidak pernah bermula” dengan penampilan 10 bakat baru, filem ini turut didukung oleh pelakon-pelakon ternama yang lain seperti Fouziah Gous, Eizlan Yusof, Yusry KRU, Yasmin Hani, Cico Harahap, Shaharuddin Thamby, Zaibo, Aminah Rhapor, Mazlan Tahir dan dua pelakon remaja lelaki yang mula meningkat naik, Azlee Khairi dan Farid Wari.
Filem Ratu The Movie yang akan menjengah pawagam pada 17 Mac ini, tentunya suatu pengembaraan yang tidak pernah bermula pada 10 finalis ini, namun ia juga tidak akan pernah berhenti mematikan langkah mereka dalam dunia seni.

Filem Ratu The Movie memaparkan sebuah program realiti yang diberi nama ‘Pesona Ratu’.

Mencari gadis-gadis berkelayakan untuk diiktiraf sebagai ratu, akhirnya seramai 10 peserta berlatar belakangkan profesion yang berlainan dipilih untuk ke peringkat akhir. Mereka akan dibawa belayar ke satu tempat untuk penilaian seterusnya.

Dua peserta terkeluar awal kerana gagal tiba ke lokasi perjumpaan seperti yang telah ditetapkan. Berlayarlah 8 peserta bersama tenaga kerja ‘Pesona Ratu’ ke lokasi rahsia.

Setiap seorang peserta mempunyai misi masing-masing dalam merebut takhta ratu yang ditawarkan. Walaubagaimanapun, kapal mereka tersadai di sebuah pulau terpencil.

Ini memaksa mereka tinggal sementara di pulau tersebut sementara menanti kapal mereka diperbaiki. Bermulalah detik hitam yang melanda peserta-peserta yang memburu gelaran ratu ini.

Kesukaran mengharungi hidup di pulau itu dengan ribut yang melanda, bekalan makanan yang semakin kehabisan dan kemunculan makhluk yang tidak diundang mula menampakkan sikap sebenar setiap seorang daripada mereka.

Seorang demi seorang mula hilang dan mereka semakin cemas mencari jalan keluar. Apakah yang terjadi seterusnya.

antara babak yang ada dalam Ratu The Movie

Ikuti filem Ratu the Movie dengan tema “Pengembaraan yang tidak pernah bermula” dengan penampilan 10 bakat baru, filem ini turut didukung oleh pelakon-pelakon ternama yang lain seperti Fouziah Gous, Eizlan Yusof, Yusry KRU, Yasmin Hani, Cico Harahap, Shaharuddin Thamby, Zaibo, Aminah Rhapor, Mazlan Tahir dan dua pelakon remaja lelaki yang mula meningkat naik, Azlee Khairi dan Farid Wari.

Filem Ratu The Movie yang akan menjengah pawagam pada 17 Mac ini, tentunya suatu pengembaraan yang tidak pernah bermula pada 10 finalis ini, namun ia juga tidak akan pernah berhenti mematikan langkah mereka dalam dunia seni.

Komen:

Secara jujurnya, saya kagum dengan Proff Razak Mohaideen, kerana biar berjuta kali sekalipun filemnya dikecam oleh peminat filem mahupun orang didalam industri, Proff tidak pernah berputus asa untuk mengeluarkan filem-filem dibawah arahannya.

Namun, jika dilihat daripada segi peningkatan mutu filemnya, Proff masih berada di satu tahap yang sama, sama seperti filem-filemnya yang terdahulu.

Baru sahaja 10minit filem itu ditayangkan di layar lebar, rata-rata penonton sudah dapat membaca apa yang akan berlaku dipenghujung cerita itu, begitu juga dengan filem Ratu The Movie ini.

Mempertaruhkan 10 orang pelakon baru dan hanya meletakkan Fouziah Gous dan Eizlan Yusof sebagai pelakon yang dikenali penonton, rasanya ia bukan satu strategi bijak untuk Proff Razak menjual filemnya ini.

Agak menyedihkan bila filem ini dihasilkan seolah-olah tidak berfikir panjang, terlalu banyak perkara yang tidak logik dek akal dipertontonkan kepada penonton contohnya, penggunaan kamera video yang selama tiga hari di dalam hutan tanpa dicaj.

Apapun, filem ini ada meninggalkan mesej yang tersendiri. Jadi pada peminat-peminat filem melayu, jangan ketinggalan untuk menontonnya di panggung yang berdekatan mulai 17 Mac ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: