Tuesday, December 14, 2010
Waris Datuk Maharajalela dan Datuk Sagor dijejaki
Waris pejuang negara Datuk Maharaja Lela Pandak Lam dan Datuk Sagor diperlukan oleh sebuah produksi tempatan untuk menyiapkan sebuah dokumentari berkisar sejarah Pasir Salak.
Pengarah Urusan Kay Productions, Jamal Lukhir Jaludin berkata, waris kepada pejuang negara itu diperlukan bagi rungkaikan sejarah sebenar yang berlaku pada 1871.
“Kita berharap waris kepada pejuang ini tampil untuk membantu dalam menceritakan atau membawa sebarang bukti berkaitan pejuang negara untuk dimuatkan dalam dokumentari kelak.
“Ini kerana satu gambaran tepat tentang kedua-dua pejuang masih kabur tentang peribadi mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, kehadiran pejuang negara ini membawa perubahan terhadap orang Melayu kini dari segi matlamat dan perjuangan untuk mempertahankan negara agama dan bangsa.
“Sekiranya waris berkenaan ada menyimpan baju, keris atau sebarang tinggalan seharah pejuang ini dapat kami paparkan dalam dokumentari kelak.
“Nama mereka akan dikreditkan dalam dokumentari kerana telah menyumbangkan maklumat yang turut membantu menyiapkan dokumentari ini,” katanya.
Beliau berkata, pelbagai teknologi terkini akan digunakan dalam penggambaran berkenaan dalam menceritakan semula sejarah yang berlaku di Pasir Salak pada 1871.
Kaji selidik mengenai sejarah Pasir Salak kini giat dilaksanakan untuk memaparkan peristiwa yang berlaku membabitkan kemangkatan Sultan Ali, Perjanjian Pangkor dan pembunuhan Sir James J W W Birch di Pasir Salak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: