|
|
SELAIN memilih fesyen yang sesuai untuk menghadiri sesebuah majlis atau bersiar-siar, aksesori sering menjadi pilihan untuk menyerlahkan lagi penampilan seseorang.
Pelbagai aksesori boleh digayakan untuk tampil lebih menawan dan rantai leher sering menjadi pilihan.
Terdapat pelbagai jenis koleksi rantai leher yang boleh didapati di butik D'fashion Cafe yang terletak di Bandar Sri Damansara.
Pengunjung tidak perlu gusar untuk membuat pilihan kerana setiap rantai yang dipamerkan menyuntik rasa ingin memiliki koleksi tersebut.
Tidak hanya terarah kepada koleksi untuk majlis formal, D'fashion Cafe turut menjual rantai glamor dengan hiasan klip riben atau bunga, batu beraneka warna dan manik pelbagai bentuk.
Lebih menarik, butik yang dibuka sejak dua tahun lalu itu menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus hingga hujung bulan ini.
Selain itu, harga yang ditawarkan bermula serendah dari RM16 sehingga RM98.
Menurut pemilik butik, David Wong, pemilihan jenis dan rekaan rantai yang dijual mengikut trend terbaru.
"Ada yang kami ambil daripada pembekal tempatan termasuk di Sabah dan Sarawak.
"Selebihnya kami akan pergi ke beberapa buah negara Asia seperti Hong Kong, Thailand, Taiwan dan Pulau Bali, Indonesia untuk mendapatkan koleksi rantai yang lebih menarik.
Butik yang turut dilengkapi dengan kafe itu turut menjual aksesori lain seperti anting-anting, tali pinggang dan seleksi pakaian yang sesuai dengan trend masa kini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: