
Namun apa sahaja imejnya, dia menjadi ikon kepada ramai selebriti, malah kepada remaja untuk meneruskan fesyen pelik. Kini imejnya telah menjadi ikutan ramai termasuk selebriti di negara kita. Tidak mengira sama ada sewaktu mengadakan persembahan atau bersantai, Lady Gaga antara ikon fesyen terkini di Hollywood.
Tidak hanya Lady Gaga, malah penampilan penyanyi Rihanna dengan berambut pendek seakan menjadi trend masa kini. Pun begitu, cubaan selebriti tempatan untuk ‘bergaya lebih’ mendapat maklum balas berbeza. Ada yang suka dan tidak kurang sebaliknya. Mengambil dua penyanyi Barat itu sebagai idola dalam berfesyen, fesyen selebriti kita ada kalanya dikritik hebat. Ada yang beranggapan fesyen itu keterlaluan dan tidak sesuai dengan adab ketimuran. Sejauh mana keberanian artis kita untuk terus berfesyen?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: