COLGATE, jenama ubat gigi terkemuka dan dipercayai yang sinonim dengan penjagaan gigi telah mengadakan Jelajah Colgate & Carrefour Happy Smile 2010 bertempat di Carrefour Wangsa Maju Sabtu lalu.
Jelajah tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa mengenai pentingnya penjagaan gigi anak-anak mereka.
Acara Colgate & Carrefour Happy Smiles sangat meriah dan menyeronokkan serta padat dengan aktiviti akademik untuk kanak-kanak. Mereka sempat mempelajari teknik penjagaan gigi daripada pakar penjagaan pergigian Colgate dan doktor gigi.
Seramai 21 orang kanak-kanak dari Rumah Kebajikan Anbu Illam, Ulu Kelang, Selangor dijemput khas sempena pelancaran acara tersebut.
Kanak-kanak yang diraikan itu telah disambut mesra oleh maskot penjagaan gigi Colgate iaitu arnab yang bernama Dr. Brushwell.
Dr. Bruswell membawa kanak-kanak bermain sambil belajar dan menemani mereka membuat pemeriksaan gigi secara percuma.
Colgate & Carrefour Happy Smiles dirasmikan oleh Pengurus Pembangunan Pelanggan Colgate, Chern Pei Ling; Pengarah Carrefour Wangsa Maju, Ramesh Kallimuthu dan Pentadbir Rumah Kabajikan Anbu Illam, V. Nadarajah.
Aktiviti yang dijalankan selama dua hari itu dibuka kepada orang awam dengan pelbagai aktiviti seperti demonstrasi cara menggosok gigi dan juga pameran.
Interaktif
Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang bermain permainan interaktif mengenai jenis makanan yang baik dan yang tidak bagus untuk kesihatan gigi.
Dalam pada itu, pemeriksaan gigi percuma juga disediakan kepada orang awam yang berkunjung ke Carrefour Wangsa Maju oleh pakar penjagaan gigi Colgate sepanjang hujung minggu.
Lebih menggembirakan kanak-kanak dari rumah kebajikan itu adalah Colgate-Palmolive Marketing Sdn. Bhd. (Colgate) memberikan setiap seorang daripada mereka hadiah berupa ubat gigi, berus gigi dan alat tulis.
Pada masa yang sama, Anbu Illam turut menerima sumbangan hamper berupa barangan keperluan penjagaan rumah Colgate-Palmolive iaitu pembersih rumah Ajax, ubat gigi Colgate, sabun mandi Protex, cecair sanitasi tangan, gel mandian Palmolive, sabun pencuci pinggan, Glo dan Axion serta pelembut fabrik, Softlan.
"Apa yang dilakukan oleh Colgate merupakan satu usaha yang baik kepada rumah kebajikan dan kanak-kanak.
"Ini adalah kali pertama organisasi swasta memberikan pemeriksaan gigi percuma kepada kanak-kanak ini yang berumur antara sembilan hingga 17 tahun. Kami harap, organisasi yang lain akan tampil ke depan untuk memberikan pemeriksaan kesihatan juga," kata Nadarajah.
Sementara itu, Pengarah Urusan Colgate-Palmolive Marketing Sdn. Bhd., Issam Bachaalani memberitahu, tujuan mengadakan Colgate & Carrefour Happy Smiles 2010 adalah untuk meningkatkan kesedaran kanak-kanak mengenai kepentingan kebersihan gigi dan mengajar mereka prinsip asas penjagaan gigi.
"Selain itu, kami mahu memberikan pengunjung di Carrefour ini peluang untuk belajar tentang kepentingan penjagaan gigi yang betul terutamanya kepada kanak-kanak kecil," ujarnya.
Menurut doktor gigi, rejimen penjagaan gigi secara menyeluruh sangat penting dalam kesihatan kanak-kanak. Ibu bapa perlu menguasai panduan kebersihan gigi supaya dapat membantu menjaga kesihatan gigi anak-anak mereka seperti memberus gigi dan pemflosan selain mengunjungi doktor gigi setiap enam bulan.
"Kami di Colgate sangat teruja dan seronok dengan Jelajah Colgate & Carrefour Happy Smiles 2010 kerana ia menunjukkan komitmen kami terhadap masyarakat," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: