Friday, December 3, 2010

Perodua atur langkah kompetitif


PERODUA Bezza kereta berkonsep masa depan diperkenalkan di Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC ) semalam.


KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dijangka menyerahkan pelan induk lima tahun terbarunya kepada kerajaan tidak lama lagi.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, langkah tersebut penting sebagai persediaannya ke arah liberalisasi industri dan meningkatkan eksport kenderaannya ke seberang laut.

Aminar Rashid memaklumkan, pasaran domestik akan mencapai satu titik tepu apabila pengeluaran mencecah di antara 700,000 dan 800,000 unit setahun.

"Oleh itu, pelan induk tersebut penting bagi Perodua untuk menyiapkan diri bagi aktiviti eksport," katanya kepada pemberita selepas prebiu media terhadap model prototaip kereta konsep sedan kompak Perodua Bezza di Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Perodua merancang untuk meningkatkan jumlah eksport kenderaannya kepada 10 peratus berbanding dua peratus atau tiga peratus ketika ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: