SERDANG - Seorang pensyarah tidak menyangka kehadiran kali pertamanya ke Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010 di sini semalam membawa tuah.
Ahmad Udin, 54, pensyarah Pendidikan Islam dari Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan telah dipilih sebagai pengunjung ke 1.5 juta pameran tersebut.
Berikutan itu, dia membawa pulang hadiah tiket penerbangan ke Australia, lima biji nangka gergasi bernilai RM3,000 dan seekor kambing kacukan Boer.
"Saya bertolak tengah malam tadi (kelmarin) dari Kuantan semata-mata untuk melihat kepelbagaian aktiviti di MAHA.
"Belum sempat melawat tapak pameran, saya sudah ditarik oleh ahli jawatankuasa dan diumumkan sebagai pengunjung bertuah," katanya selepas menerima hadiah daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.
WAH BESTNYER USTAZ UDIN DPT JD PENGUNJUNG BERTUAH...
ReplyDelete